Pendekatan Buku Merah dan Hijau Tun Razak untuk kejayaan pemulihan pasca Covid

Seorang pakar sosiologi menggesa Putrajaya supaya merujuk kepada pendekatan pembangunan yang diperkenalkan perdana menteri Malaysia kedua, Abdul Razak Hussein dalam Buku Merah dan Buku Hijau.

Denison Jayasooria, pakar dalam kajian kemiskinan berkata, laluan pemulihan ekonomi Malaysia susulan pandemik Covid-19 boleh didapati dalam karya Razak, yang juga dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia.

Anak lelaki beliau Najib kemudiannya menjadi perdana menteri Malaysia keenam.

Jayasooria, yang juga bekas profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, Buku Merah memperkenalkan rangka tindakan untuk pembangunan tempatan, manakala Buku Hijau pula memfokus kepada pertanian dan keselamatan makanan.

“Buku ini menyebut bahawa kekuatan sesebuah negara terletak pada akar umbi dan masyarakat tempatan, bukan di koridor kuasa di ibu negara,” katanya.

Beliau mencadangkan penubuhan pasukan pelbagai kaum dan bidang terdiri daripada kerajaan, parti politik, NGO dan masyarakat tempatan untuk melaksanakan program anti kemiskinan.

“Kita mempunyai perkhidmatan awam yang besar, tetapi mereka tidak berada di lapangan. Bawa mereka keluar dari pejabat dan bertemu rakyat.”

Komentarnya dibuat berikutan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed bahawa pendekatan tidak berdasarkan kaum perlu diambil untuk menentang kemiskinan.

Jayasooria berkata: “Kita melihat isu kemiskinan melalui kanta kaum dan perkhidmatan yang diberikan amat fokus kepada kaum. Menangani kemiskinan bermaksud tidak meninggalkan sesiapa. Ia bersifat inklusif dan membantu mereka yang memerlukan.”

Barjoyai Bardai, pakar ekonomi di Universiti Tun Abdul Razak berkata, Malaysia menggunakan kaedah yang ketinggalan zaman untuk mengukur kemiskinan.

“Kita taksub dengan matlamat menjadi negara berpendapatan tinggi, tetapi pendapatan bukan satu-satunya faktor penentu kesejahteraan rakyat,” katanya.

“Penghapusan kemiskinan mesti melampaui batas kaum.”

Beliau berkata, tenaga petugas diperlukan untuk mengesan mereka yang terus bergelut untuk hidup supaya bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang paling memerlukan.

Lee Hwok-Aun, felo kanan dari ISEAS-Institut Yusof Ishak berkata, dasar anti kemiskinan Malaysia adalah saksama dan inklusif.

“Pelaksanaannya sudah tentunya perlu diteliti untuk melihat sama ada prinsipnya ditegakkan atau golongan tertentu yang miskin terpinggir daripada manfaat dan bantuan berbanding orang yang sama miskin daripada golongan lain.”

Beliau berkata kejelasan perlu tentang bagaimana garis kemiskinan mutlak yang disemak semula dan garis kemiskinan relatif akan membantu memandu dasar anti kemiskinan.

Popular posts from this blog

Kuih Melayu tradisional tidak menggunakan tepung gandum

Sah betik yang aku tanam betik betina. Ada 3 cara mengenali betik jantan dan betina selepas menyemai dan berbunga.