Posts

Showing posts from April, 2023

Beijing grass

Image
Amalan setiap pagi jus rumput. Yang tahu je apa kegunaannya. Banyak yang dah togel dikerjakan ayam.

Mood ke laut, terapi pagi ini

Image
Sent from my iPhone

Tea Da Hong Pao, mengapa ia yang paling mahal di dunia

Image
Da Hong Pao Tea Teh Da Hong Pao Cina ialah teh batu Wuyi yang ditanam di wilayah Fujian paling terkenal kerana itu ia boleh menjadi sangat mahal. Kenapa harganya mahal Kosnya yang tinggi pada masa lalu mewajarkannya dengan fakta bahawa pokok terbaik yang menghasilkan tea tersebut hanya tinggal 6, dan semuanya hanya ada di tebing jurang Jiulongyu. Pemuliharaan pokok Pada tahun 2006, pokok-pokok ini telah diinsuranskan oleh kerajaan bandar Wuyi dan pada tahun yang sama adalah dilarang bagi sesiapa sahaja untuk menuai teh secara persendirian daripada pokok itu. Salah satu kumpulan teh terakhir yang dituai dijual dengan harga mencecah rekod $28,000 bagi 20 gram. Menafaat dari meminum tea ini Teh Da Hong Pao mengandungi, antara lain, kafein, flavonoid, dan polifenol teh yang membolehkan pelbagai kesan brmenafaat. Teh Da Hong Pao akan membantu mengurangkan keletihan fizikal, melancarkan peredaran darah dan mengatasi pengekalan air dalam badan. Teh ini juga akan membantu mengurangkan kesan ne...

Berbuka puasa di AlRawsha Jalan Kampung Pandan

Image
Dah selalu pergi pun tersesat masuk terowong Smart. Mungkin kerana keghairahan nak makan lamb mandy. Sampai dah hampir waktu berbuka puasa. Ajak dia makan tapi orang lain yang belanja 😔

Buah kabung hanya popular di bulan puasa

Image
Buah kabung yang sudah siap dimasak bersama sirap. Buah kabung adalah buah tanpa rasa. Pengolahannya membuatkan ianya enak dimakan. Biasanya akan dicampurkan dengan air batu campur, cendol dan lai chi kang. Proses menghasilkannya amat rumit apabila memerlukan buah yang cukup matang untuk direbus selama beberapa jam bagi menghilangkan getah pada buah tersebut. Selepas itu, buah berkenaan perlu dikupas, direndam dan dibilas isinya yang seakan buah laici sebelum dimasak bersama sirap atau pandan. Buah yang juga dikenali sebagai beluluk di negeri ini amat laris jualannya dan hanya popular ketika Ramadan untuk dijadikan juadah pencuci mulut ketika berbuka puasa. Pengemar buah kabung kebanyakannya dari golongan orang lama dan biasanya akan dicampurkan dengan air batu campur, cendol dan lai chi kang.