Buah kabung hanya popular di bulan puasa
Buah kabung yang sudah siap dimasak bersama sirap.
Buah kabung adalah buah tanpa rasa. Pengolahannya membuatkan ianya enak dimakan. Biasanya akan dicampurkan dengan air batu campur, cendol dan lai chi kang.
Proses menghasilkannya amat rumit apabila memerlukan buah yang cukup matang untuk direbus selama beberapa jam bagi menghilangkan getah pada buah tersebut.
Selepas itu, buah berkenaan perlu dikupas, direndam dan dibilas isinya yang seakan buah laici sebelum dimasak bersama sirap atau pandan.
Buah yang juga dikenali sebagai beluluk di negeri ini amat laris jualannya dan hanya popular ketika Ramadan untuk dijadikan juadah pencuci mulut ketika berbuka puasa.
Pengemar buah kabung kebanyakannya dari golongan orang lama dan biasanya akan dicampurkan dengan air batu campur, cendol dan lai chi kang.