Posts

Showing posts from November, 2023

Nasi goreng

Image
Nasi goreng yang orang melayu makan dibawa dari Indonesia yang di adopted dari budaya Cina ketika era perdangangan dengan China bermula. Kalau di Malaysia diperkenalkann oleh Baba Nyonya di Melaka. Nasi lebihan semalan di goreng dengan pelbagai cara mengikut citarasa dan perencah apa yg ada atau mengguna lebihan lauk atas kepercayaan adalah satu 'dosa' membuang lebihan nasi dan lauk yang tidak dimakan. Kalau orang minang goreng ikut citarasa mereka biasanya 'padeh', Kerinci veri simple dipanggil nasi rendang, Jawa mungkin di letak taugeh kasar, tempeh & tahu, Banjar dimakan bersama wadi' dll. Setiap suku kaum ada resepi nasi goreng mereka sendiri. Asasnya adalah 'berdosa' membazir lebihan nasi dan lauk.

Pucuk paku

Image
  Ada dijual hydrogel dari daun pakis untuk diabetes, luka dn ulser. Dah tu kenapa tak makan pucuk paku je.  Aku tanam pokok paku orang kata aku gila, banyak kat tepi sungai katanya. Korang pergi cari sekarang! Aku suruh kawan aku yang berniaga sarapan pagi buat lontong pucuk paku dan aku tolong viralkan kedai dia, sampai ke sudah tak buat.

Melukut tepi gantang

Image
Sebab sedar diri, sampai sekarang aku tak nak jadi macam melukut tepi gantang. Bila ada perasaan dipinggirkan, aku diam-diam berundur. Dulu kehidupan kami susah. Tak pernah termampu beli beras segantang. Setiapa kali ke kedai Cina Kee Leng atau Ah Chai di Pekan Kalumpang, setakat mampu beli satu leng untuk sekali makan. Kalau beli 1 leng atau 1 cupak dibungkus menggunakan kertas surat khabar digulung bentuk kon. Beli segantang menggunakan karung kertas atau kami panggil karung gantang. Kertas nya kami buka jadi helaian dan gunakan 'kertas gantang' itu untuk menulis atau melukis.