Melukut tepi gantang


Sebab sedar diri, sampai sekarang aku tak nak jadi macam melukut tepi gantang. Bila ada perasaan dipinggirkan, aku diam-diam berundur.

Dulu kehidupan kami susah. Tak pernah termampu beli beras segantang. Setiapa kali ke kedai Cina Kee Leng atau Ah Chai di Pekan Kalumpang, setakat mampu beli satu leng untuk sekali makan.

Kalau beli 1 leng atau 1 cupak dibungkus menggunakan kertas surat khabar digulung bentuk kon. Beli segantang menggunakan karung kertas atau kami panggil karung gantang. Kertas nya kami buka jadi helaian dan gunakan 'kertas gantang' itu untuk menulis atau melukis.



Popular posts from this blog

Kuih Melayu tradisional tidak menggunakan tepung gandum

Sah betik yang aku tanam betik betina. Ada 3 cara mengenali betik jantan dan betina selepas menyemai dan berbunga.