Posts

Simpati Najib Kepada Khalid

KUALA SELANGOR, 27 April -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "bersimpati" dengan calon pembangkang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkannya masih sayang kepada Barisan Nasional (BN) dan sukar menghilangkannya dari hati walaupun kini menjadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan raya Dewan Undangan negeri (DUN) Ijok. Katanya ucapan 'luar sedar' Khalid hingga "tersasul" berkempen untuk calon BN jelas menunjukkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu masih sayang kepada BN walaupun kini berdiri di atas platform PKR dan akan bertanding menentang calon BN, K Parthiban, 38. "Dia tersasul kerana dalam hati dan jiwanya, dia masih tidak dapat lupa bahawa BN banyak berjasa kepadanya. Sebab itu dalam kepalanya susah nak hilangkan perasaan (sayang) pada BN itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kempen dari rumah ke rumah di Taman Bukit Badong Timur, di sini, hari ini. Ketika berucap d

Mahkamah Rayuan isytihar pemecatan Anwar sah

Lepas ni apa lah temberang aljub.. tu di Ijok PUTRAJAYA 25 April — Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Kabinet sembilan tahun lepas dilaksanakan secara sah oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad oleh kerana kuasa melantik dan memecat menteri terletak pada Perdana Menteri, demikian Mahkamah Rayuan memutuskan hari ini. Hakim-hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Mohamed Raus Sharif dan Datuk Heliliah Mohohamed Yusof membuat keputusan sebulat suara itu selepas menolak rayuan Anwar supaya pemecatannya daripada jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri diisytiharkan tidak mengikut perlembagaan. Raus, dalam penghakiman 19 halaman, berkata, surat pemansuhan pelantikan Anwar sebagai menteri Kabinet, dikeluarkan Dr. Mahathir pada 2 Sept 1998, mematuhi Artikel 43 (5) Perlembagaan Persekutuan oleh kerana itu merupakan bukti lebih daripada cukup untuk menunjukkan formaliti menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengenai pemansuhan telah dilakukan oleh be

Pengundi Hantu Konon....

Image
Tengok sini Orang kawan dgn setan memang suka mencari hantu. Banyak sgt blog yang mempertikai no IC bermula 90. Atok dorang dah lama tak de, tu sebab tak tahu perkembangan pasal no IC ni. Datang lah ke Ijok cari orang tu sekarang. Jangan buat modal bila dah kalah nanti. Atok Yanti pun IC bermula 90 masih hidup, bila Yanti tanya berapa umur atok sebenar dia kata sama tua dengan pokok kelapa depan rumah tu. Faham maksud  Yanti.. dulu mana ada birth cert tarikh kelahiran sebenar. JPN letak 90 sahaja (bermaksud tahun 1900. Kalau 99 bermaksud 1899. Pernah tengok ic datok atau moyang korang tak...

Ujian DNA sahkan anak Altantuya anak dengan bekas suami rakyat Mongolia

Ini salah satu E-Joke puak KELDAIAN sebab apa kena mengena Altantuya dengan Ijok. KUALA LUMPUR 23 April — Ujian DNA terhadap anak ketiga Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang mati dibunuh di negara ini, mengesahkan anak itu adalah hasil perkahwinan model berkenaan dengan bekas suaminya, seorang lelaki warga Mongolia. Menurut sumber polis, pengesahan itu sekali gus menafikan khabar angin kononnya anak lelaki Altantuya itu, yang dikenali sebagai Altanshagai Munkhtulga, 4, adalah hasil hubungan sulit wanita itu dengan seorang rakyat Malaysia. “Ia sudah disahkan melalui ujian DNA, kanak-kanak itu adalah anak yang sah daripada perkahwinan Altantuya dengan seorang lelaki warga Mongolia,” katanya di sini hari ini. Konsulat Kehormat Mongolia di sini, Datuk Syed Abdul Rahman Al- Habshi ketika dihubungi hari ini berkata, pada Mac lalu, satu pasukan polis Malaysia telah pergi ke Mongolia untuk mengambil sampel DNA anak Altantuya dan hasil analisisnya memang mengesahkan bahawa anak itu tiada

Ijok, E-Joke dan KELDAIAN

Image
Malam tadi ronda-ronda ke seluruh DUN N11 Ijok. Puas pusing cari pokok Ijok yang kononnya menjadi sumber kepada nama Ijok. Sebenarnya pokok ijok tidak pernah wujud dan nama Ijok diambil dari bahasa jawa yang bermaksud hijau. Yanti bukan orang jawa tapi keturunan minang, orang kata minang dengan jawa dulu-dulu tak ngam dan 'minang' itu sendiri bermaksud menang kerana kemenangan laga kerbau dengan jawa. Ala itu dulu lah. Bila sebut pasal hijau, teringat pula PAS tidak bertanding disini tetapi mereka berkempen membantu parti E-Joke KELDAIAN. Mengapa Yanti kata parti KELDAIAN ini E-Joke... Sebab mereka sebenarnya bertanding bukan untuk menang tetapi sekadar untuk berceramah dan menyampaikan lawak jenaka parti KELDAIAN mereka. Ijok akan menjadi E-Joke kepada parti KELDAIAN pada 28 haribulan nanti. Lama sanga rasanya berada di E-joke ni. Di Batu Talam 2 minggu tak terasa dan di Machap 10 hari rasa macam 3 hari. Di E-joke rasa macam sebulan berada disini.

10 Faktor Kemenangan BN di Ijok

Walaupun parti-parti politik yang bertanding mengatakan mereka akan menang, namun adalah sukar untuk membuat ramalan keputusan dalam mana-mana pilihanraya kecil sehinggalah pada beberapa hari terakhir menjelang pengundian. Itulah juga yang dapat dikatakan mengenai peluang Barisan Nasional dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding dalam pilihan kecil N11 DUN Ijok, Selangor. Pada 28 April ini, 12,272 orang pengundi berdaftar pelbagai bangsa akan berpeluang untuk membuat pilihan. Merekalah yang menjadi penentunya. Adakah mereka akan memilih aktivis sosial dan seorang bekas pendidik muda berusia 38 tahun, ataupun seorang pencen berusia 61 tahun yang bergantung kepada rekodnya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif sebuah organisasi yang ditubuhkan bagi membantu orang Melayu melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB)? Sebagai sebuah parti yang memegang kerusi ini sebelum kematian Dato' K Sivalingam, Barisan Nasional ingin terus mengekalkan pegangan kerusi tersebut. Kejaya

PRK N11 Ijok - ABD KHALID BIN IBRAHIM

Image
Kad Pengenalan : 461214105273 / 0556617 Nama : ABD KHALID BIN IBRAHIM Jantina : LELAKI Lokaliti : 105 / 34 / 05 / 003 - JLN 16/2 Daerah Mengundi : 105 / 34 / 05 - SEKSYEN 16 DUN : 105 / 34 - BUKIT GASING Parlimen : 105 - PETALING JAYA SELATAN Negeri : SELANGOR Sebarang pertanyaan : spr@spr.gov.my Parti KELDAIAN