Menjelang pelaksanaan cukai barangan dan perkhidĀmatan (GST) 1 April ini, Kementerian Kewangan hari ini memperluaskan lagi senarai barang dan perkhidmatan yang dikecualiĀkan daripada cukai tersebut bagi memanfaatkan rakyat dan industri. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, senarai tersebut meliputi empat perkara iaitu bahan bacaan, ubat, yuran penyelenggaraan termaĀsuk sinking fund kediaman dan perkhidĀmatan pendidikan. Menurut Kementerian KewaĀngan, pengecualian GST kini diperluaskan kepada semua jenis bahan bacaan termasuk surat khabar manakala majalah dan buku-buku lain yang bukan merupakan bahan bacaan dikenakan GST. Kata kenyataan itu, langkah ini diharap dapat memastikan bahan bacaan yang dikecualikan GST tidak akan mengalami sebarang kenaikan dan seterusnya dapat meĀningkatkan budaya membaca dalam kalangan rakyat. Baca seterusnya disini http://pakdin.my/gst-senarai-barang-dikecualikan/