Posts
FB Perkenal Butang Love, Haha, Wow, Sad & Angry
- Get link
- X
- Other Apps
Rangkaian media sosial Facebook Inc melakukan perubahan apabila menambah lima pilihan reaksi kepada posting yang memerlukan maklumbalas 'like'. Butang alternatif itu termasuk 'love', 'haha', 'wow', 'sad' dan 'angry'. Projek melibatkan ujian selama berbulan-bulan untuk menentukan pilihan terbaik itu mula digunapakai mulai Rabu. Sebelum ini, pengguna sudah biasa menggunakan butang 'dislike' tetapi kini ia ditolak kerana dilihat mewujudkan persekitaran negatif. CNNMoney melaporkan Pengurus produknya, Sammi Krug berkata, Facebook menawarkan butang alternatif di peringkat global dalam usaha menjadi destinasi kepada mereka yang mahu mengemaskini kehidupan masing-masing. Syarikat itu sudah meningkatkan kandungan beritanya menerusi usaha sama dengan syarikat media. Berita tragik, contohnya, memerlukan maklum balas lebih daripada 'like'. Inisiatif baharu syarikat itu dipanggil reaksi. "Kita faham ia satu pe...