Posts

Pertandingan Satu Lawan Satu BN Dan PKR Di Ijok

Image
SATU LAWAN SATU… Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok K.Parthiban dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kanan) bersalaman selepas penamaan calon di dewan orang ramai Batang Berjuntai. Foto: Razali Nordin KUALA SELANGOR, 19 April -- Barisan Nasional (BN) dicabar oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pertandingan satu lawan satu bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, pada 28 April ini. Pegawai Pengurus Pilihan Raya Haris Kasim mengumumkan bahawa calon BN K. Parthiban dan calon PKR Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu kerana hanya dua pencalonan diterima. Ini adalah cubaan kedua PKR setelah calonnya Abdul Rahman Moharam tewas kepada anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk K. Sivalingam pada pilihan raya umum 2004 dengan majoriti 1,649 undi. Ketika membuat pengumuman mengenai pertandingan bagi pilihan raya kecil itu di pentas khas di luar Dewan Orang Ra

PRK N11 IJOK: Berita

Calon BN Ijok seorang muda, lawa – Samy Vellu KUALA SELANGOR 15 April – Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu membayangkan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Ijok merupakan seorang muda dan lawa. Pemuda BN beri amaran dedah helah pembangkang IJOK 15 April – Pemuda Barisan Nasional (BN) akan mendedahkan setiap strategi dan tipu helah pembangkang yang cuba memecah-belahkan masyarakat dengan menggunakan isu perkauman serta agama pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok yang bakal berlangsung 28 April ini. BN sedia hadapi isu perkauman SUBANG 15 April – Barisan Nasional (BN) bersedia berhadapan dengan isu perkauman yang mungkin akan dimainkan oleh parti pembangkang dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo. Ahli perniagaan umum bertanding calon bebas KUALA LUMPUR 15 April – Seorang ahli perniagaan K. Loganadan, 47, hari ini mengumumkan akan be

PRK N11 IJOK: Senarai Pusat Mengundi

Image

PRK N11 IJOK: Pusat Penamaan Calon dan Penjumlahan Undi

Image
Dewan Orangramai Batang Berjuntai

PRK N11 IJOK: PETA IJOK

Image
KELUASAN IJOK : 95 KM PERSEGI LOKASI : BARAT - UTARA SELANGOR BILANGAN PEMILIH : 12,272 PECAHAN PENGUNDI : 12,233 BIASA, 39 POS PECAHAN KAUM : 51.04%, 20.59% DAN 28.16% BILANGAN DM/PUSAT MENGUNDI : 9 BILANGAN TM/SALURAN : 28 + 1 (POS) BILANGAN LOKALITI : 154

PRK N11 Ijok: Ahli Perniagaan Umum Bertanding Sebagai Calon Bebas

KUALA LUMPUR, 15 April -- Seorang ahli perniagaan K.Loganadan, 47, hari ini mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Ijok. Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, Loganadan berkata keputusan itu tidak didorong oleh sesiapa, sebaliknya untuk berkhidmat di kawasan itu kerana beliau mendakwa tidak banyak pembangunan dan kemajuan dibawa oleh wakil rakyat terdahulu. Loganadan yang kini menetap di Klang, dilahirkan di Ladang Caledonian, kira-kira lima kilometer dari pekan Ijok dan mendapat pendidikan rendah di sekolah Tamil di situ sebelum melanjutkan pendidikan menengah di Batu Arang dan Batang Berjuntai. "Saya adalah anak tempatan dan tinggal di sana selama 18 tahun dan cukup tahu masalah di situ," katanya yang juga Timbalan Presiden Kelab Motivasi Insan Cemerlang Selangor, sebuah pertubuhan bukan kerajaan. Loganadan mendakwa beliau pernah menjadi anggota MIC selama kira-kira lapan tahun dan mempunyai ramai ke

PRK N11 Ijok - Ketua MIC Kuala Selangor Ancam Untuk Letak Jawatan

KUALA SELANGOR, 15 April (Bernama) -- Ketua MIC Bahagian Kuala Selangor S.P. Thirumoorthy hari ini mengancam untuk meletakkan jawatannya jika beliau tidak dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Ijok akhir bulan ini. Thirumoorthy, 55, seorang guru sekolah menengah, mendakwa 18 ketua cawangan daripada 36 cawangan parti MIC di kawasan pilihan raya Ijok itu akan turut meletakkan jawatan bersamanya. Beliau, yang menjadi ketua bahagian sejak 1994, berkata beliau difahamkan bahawa calon BN bukan dari kalangan ahli bahagian MIC Kuala Selangor. BN dijangka mengumumkan calon esok.Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu ketika diminta mengulas tindakan Thirumoorthy itu, berkata beliau tidak akan melayan tuntutannya."Ia adalah hak Presiden MIC untuk memutuskan calon. Pengerusi BN (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) telah meluluskan nama calon. Saya juga memaklumkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo," kata