PRK N11 Ijok: Ahli Perniagaan Umum Bertanding Sebagai Calon Bebas
KUALA LUMPUR, 15 April -- Seorang ahli perniagaan K.Loganadan, 47, hari ini mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Ijok.
Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, Loganadan berkata keputusan itu tidak didorong oleh sesiapa, sebaliknya untuk berkhidmat di kawasan itu kerana beliau mendakwa tidak banyak pembangunan dan kemajuan dibawa oleh wakil rakyat terdahulu.
Loganadan yang kini menetap di Klang, dilahirkan di Ladang Caledonian, kira-kira lima kilometer dari pekan Ijok dan mendapat pendidikan rendah di sekolah Tamil di situ sebelum melanjutkan pendidikan menengah di Batu Arang dan Batang Berjuntai.
"Saya adalah anak tempatan dan tinggal di sana selama 18 tahun dan cukup tahu masalah di situ," katanya yang juga Timbalan Presiden Kelab Motivasi Insan Cemerlang Selangor, sebuah pertubuhan bukan kerajaan.
Loganadan mendakwa beliau pernah menjadi anggota MIC selama kira-kira lapan tahun dan mempunyai ramai kenalan serta sanak-saudara di Ladang Caledonian yang turut termasuk dalam DUN Ijok.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pilihan raya kecil DUN kawasan Ijok pada 19 April dan jika ada pertandingan, pengundian pada 28 April.
Pilihan raya kecil diadakan berikutan kematian wakil rakyat kawasan itu Datuk K.Sivalingam di Chennai, India pada 4 April lepas akibat serangan jantung.