Posts

Tajol letak jawatan, Najib dilantik Pengerusi Umno Perak

Image
DATUK Seri Tajol Rosli Ghazali ketika tiba di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi. KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat lebih tiga jam, menerima keputusan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali yang meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu berkuasa kuasa serta-merta. Kekosongan itu diisi oleh Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak. Jawatan Timbalan Pengerusi Umno Perak pula akan disandang oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Najib dan Zahid hanya akan memegang jawatan itu sehingga akhir Mac ini. Umno dijadual mengadakan perhimpunan agung dan pemilihan pucuk pimpinan pusat Mac ini. Ia merupakan antara keputusan yang diputuskan oleh mesyuarat MT yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bermula pukul 9 malam tadi. "Pelantikan ini berkuat kuasa serta-merta, jadi mulai sekarang Datuk Seri Najib adalah Pengeru

DIET ORANG BERPENYAKIT GOUT

Image
*Ayam goreng bersama peria katak goreng (Mengapalah di namakan peria 'katak')

UPDATE ROM WM 6.5 HTC TYTN II

Image

Tajol nafi letak jawatan

Selepas PRU 12 yang lalu beberapa negeri telah di kuasai oleh Pakatan Rakyat. Aku menjangkakan negeri-negeri tersebut akan mendapat Pengerusi Perhubungan UMNO yang baru dari kalangan pemimpin tertinggi peringkat kebangsaan. Seandainya jawatan tersebut masih dipegang oleh bekas MB atau Pengerusi PErhubungan sedia ada, besar kemungkinan mereka akan gagal dalam melaksanakan tangungjawab mereka. Di Selangor, Khir Toyo secara 'gentlement' meletakkan jawatan dan aku tergambar Dato Seri Mohd Najib akan memangku jawatan tersebut sehingga Perhimpunan Agong UMNO. Aku menjangkakan Pengerusi Perhubungan Negeri Perak, Kedah kecuali Pulau Pinang akan mengambil langkah sama. Aku katakan Pulau Pinang terkecuali kerana aku memahami ego pengerusinya. Apa yang aku fikirkan tidak menjadi kenyataan. Untuk menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO tanpa memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan adalah amat merumitkan. Mereka akan diperlekehkan oleh Ketua-ke

BN PERAK HARUS GESA NASARUDDIN LETAK JAWATAN

Image
PUTRAJAYA : Barisan Nasional (BN) Perak perlu melakukan gerakan besarbesaran bagi menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota Datuk Nasaruddin Hashim meletakkan jawatan berikutan tindakannya melompat parti. Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kemenangan Nasaruddin pada pilihan raya lalu adalah di atas tiket BN, justeru keputusan beliau untuk melompat parti memusnahkan kepercayaan yang diberikan oleh pengundi di kawasan itu. "Jika saya orang Perak, saya akan mula bentuk (gabungan) semua NGO dan ketua kampung sekarang menuntut peletakan jawatannya. BN Perak harus membuat keputusan seperti ini bagi menyedarkan rakyat. "Kita ada beribu cawangan di Perak, cawangan Umno, Putera, Puteri, Pemuda, Wanita semua harus bersuara...Kalau setakat keluar di suratkhabar ia tidak akan memberi kesan," kata Menteri Luar itu kepada pemberita selepas majlis penyerahan surat pelantikan kepada wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva

KENYATAAN HUSAM MUSA BERHUBUNG NASIB MALANG MENDIANG KUGAN

Image
Punya lah nak mengambarkan kejamnya polis terhadap bangsa india...sampai sanggup nak menjadi hamba kapir... Ikhlas ke si Husam ni, atau semata mata nak keuntungan politik murahan. Ramai betul opportunist yang mengambil kesempatan atas kematian Kugan suspect penyamun dan pencuri kereta mewah... sungguh beruntung kugan dan saudara-maranya atas keperihatinan 'opportunist2' politik ni.. Sekarang ini jadi penjenayah lagi untung... bila mampos semua respek. Aku harap HUSAM akan dapat menghadirkan diri ke majlis pengebumian mana-mana saspek penjenayah... mulia sungguh penjenayah bernama kugan tu. Semalam, Isnin 26hb Januari 2009 Dato' Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan telah melawat keluarga mendiang Kugan Ananthan di Puchong, Selangor, bersama-sama dengan Dr Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Pas bagi Kota Raja. Lawatan tersebut berlaku serentak dengan lawatan beberapa pemimpin Parti

KENYATAAN AKHBAR BERHUBUNG ISU KEMATIAN MENDIANG SAUDARA A. KUGAN DAN RANCANGAN PERHIMPUNAN OLEH HINDRAF

Perarakan bersifat perkauman dan provokatif seumpama ini mampu menimbulkan perasaan benci masyarakat Islam dan Melayu di negara ini. Jika ini berlaku, pihak PEWARIS tidak teragak-agak untuk keluar dan berkumpul beramai-ramai menentang perarakan ini. Kami juga sanggup ditahan oleh pihak polis demi mempertahankan keamanan dan kemakmuran di negara ini. PEWARIS adalah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan Islam di negara ini dan berkecuali dari mana-mana fahaman politik. Oleh itu, PEWARIS menyeru dan mengingatkan mana-mana parti politik, Badan-badan Bukan Kerajaan atau orang perseorangan agar tidak menjadikan isu kematian mendiang saudara A.Kugan sebagai isu perkauman yang mampu memecah-belahkan perpaduan kaum yang telah sedia terjalin di negara ini. Adalah diingatkan juga, ahli-ahli politik yang terlibat dan dilantik sebagai Timbalan Menteri dan Senator bertanggungjawab kepada semua kaum, bukan hanya kepada satu kaum tertentu sahaja. Tugas dan tanggungjawab ini perlulah digalas dengan