KENYATAAN AKHBAR BERHUBUNG ISU KEMATIAN MENDIANG SAUDARA A. KUGAN DAN RANCANGAN PERHIMPUNAN OLEH HINDRAF

Perarakan bersifat perkauman dan provokatif seumpama ini mampu menimbulkan perasaan benci masyarakat Islam dan Melayu di negara ini. Jika ini berlaku, pihak PEWARIS tidak teragak-agak untuk keluar dan berkumpul beramai-ramai menentang perarakan ini. Kami juga sanggup ditahan oleh pihak polis demi mempertahankan keamanan dan kemakmuran di negara ini.




PEWARIS adalah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan Islam di negara ini dan berkecuali dari mana-mana fahaman politik. Oleh itu, PEWARIS menyeru dan mengingatkan mana-mana parti politik, Badan-badan Bukan Kerajaan atau orang perseorangan agar tidak menjadikan isu kematian mendiang saudara A.Kugan sebagai isu perkauman yang mampu memecah-belahkan perpaduan kaum yang telah sedia terjalin di negara ini. Adalah diingatkan juga, ahli-ahli politik yang terlibat dan dilantik sebagai Timbalan Menteri dan Senator bertanggungjawab kepada semua kaum, bukan hanya kepada satu kaum tertentu sahaja. Tugas dan tanggungjawab ini perlulah digalas dengan jujur dan ikhlas.


Kami menghargai tugas dan tanggungjawab YB Senator T.Murugiah yang sanggup berada di Hospital Serdang bagi memastikan tiada berlaku sebarang kekecohan antara pihak keluarga mendiang dan pihak hospital. Namun, di kesempatan ini, PEWARIS ingin melahirkan rasa terkilan kerana sehingga ke hari ini, permohonan kami untuk berjumpa dan menyerahkan memorandum Bantahan Penternakan babi di Paya Mengkuang, Melaka tidak dipedulikan. Sudah hampir lebih seminggu pihak PEWARIS gagal mendapatkan temujanji bagi membincangkan permasalahan ini, termasuklah menghantar surat rasmi namun semuanya tidak berhasil. Selama hampir 20 tahun, seramai 24,000 orang penduduk Paya Mengkuang di Melaka terpaksa menghadapi penderitaan ini disebabkan kegagalan pemimpin-pemimpin melaksanakan tanggungjawab mereka.


Isu kematian mendiang Saudara A.Kugan adalah satu kes jenayah dan ianya perlu diselesaikan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa campur tangan orang-orang politik. Mereka yang tidak berhubungkait tidak perlu memberi ulasan atau pandangan yang bercorak provokatif yang bakal menimbulkan kemarahan pada masyarakat Islam dan Melayu. Sebelum ini pun, terdapat ramai bangsa-bangsa lain seperti Melayu dan Cina yang mati di dalam lokap dan di tali gantung, tetapi tidak ada dilihat pemimpin dari mana-mana parti, baik UMNO dan PAS bergegas ke rumah mayat atau ke kubur dan mendesak untuk diadakan bedah siasat kali kedua.


Jika seseorang pemimpin merasakan dirinya bertanggungjawab dan peka kepada sensitiviti perkauman di negara ini, PEWARIS ingin menyarankan agar dua orang Timbalan Menteri tersebut termasuklan Presiden MIC, Dato' Seri Samy Vellu membuat pengisytiharan kepada masyarakat India agar tidak berkumpul beramai-ramai di Hospital Universiti atau berarak dan menimbulkan sebarang huru-hara sewaktu majlis pengebumian jenazah mendiang saudara A.Kugan esok. (28 Januari 2009). PEWARIS merasakan tanggungjawab menentukan keamanan di Negara ini tidak terletak di bahu pasukan Polis sahaja.


Perarakan bersifat perkauman dan provokatif seumpama ini mampu menimbulkan perasaan benci masyarakat Islam dan Melayu di negara ini. Jika ini berlaku, pihak PEWARIS tidak teragak-agak untuk keluar dan berkumpul beramai-ramai menentang perarakan ini. Kami juga sanggup ditahan oleh pihak polis demi mempertahankan keamanan dan kemakmuran di negara ini.


Untuk pemimpin Hindraf, saudara P.Waytha Moorthy yang berada di London, PEWARIS menasihatkan agar beliau tidak mencampuri urusan perundangan dan perlembagaan Negara ini. Beliau bukan lagi warganegara Malaysia kerana telah memegang pasport British.


Beliau tidak perlu keluarkan komen dan pandangan dari jauh berhubung hal negara orang lain seperti di dalam MalaysiaKini (Ini bukan PJJ - bukan Pelajaran Jarak Jauh tapi Politik Jarak Jauh). Seorang pemimpin dan pejuang yang bertanggungjawab tidak akan meninggalkan orang-orang yang memerlukannya menderita dan susah keseorangan. Kenyataan-kenyataan palsu yang turut dikeluarkan oleh beliau di dalam laporan tahunan 2008 Malaysian Indian Minority & Human Rights Violations semasa di Chennai, jelas menunjukan bahawa beliau sendiri tidak memahami dan menghayati perlembagaan negara ini berbanding dengan warga-warga India Malaysia yang lain. Pemimpin seperti inilah yang akan membuatkan rakan-rakan India kita di Malaysia terus ketinggalan dan tertindas.


PEWARIS menyarankan agar kita perlu fokus dalam menangani masalah kegawatan ekonomi yang sedang berlaku dan bersatu-padu mengatasi halangan dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah bagi menjana ekonomi masyarakat dan individu di Negara ini. [END]


source:http://pewarisummah.blogspot.com/

Popular posts from this blog

Kuih Melayu tradisional tidak menggunakan tepung gandum

Kedai Todi Kerajaan