Posts

🎦 Ngopi lagi

 Rutin orang kampung. Nak minum kat cafe tak mampu

🎦 Ngopi

 Rutin harian di kampung.

🎦 Jom Ngopi

 Habis dah... Jom balik

Nasi goreng

Image
Nasi goreng yang orang melayu makan dibawa dari Indonesia yang di adopted dari budaya Cina ketika era perdangangan dengan China bermula. Kalau di Malaysia diperkenalkann oleh Baba Nyonya di Melaka. Nasi lebihan semalan di goreng dengan pelbagai cara mengikut citarasa dan perencah apa yg ada atau mengguna lebihan lauk atas kepercayaan adalah satu 'dosa' membuang lebihan nasi dan lauk yang tidak dimakan. Kalau orang minang goreng ikut citarasa mereka biasanya 'padeh', Kerinci veri simple dipanggil nasi rendang, Jawa mungkin di letak taugeh kasar, tempeh & tahu, Banjar dimakan bersama wadi' dll. Setiap suku kaum ada resepi nasi goreng mereka sendiri. Asasnya adalah 'berdosa' membazir lebihan nasi dan lauk.

Pucuk paku

Image
  Ada dijual hydrogel dari daun pakis untuk diabetes, luka dn ulser. Dah tu kenapa tak makan pucuk paku je.  Aku tanam pokok paku orang kata aku gila, banyak kat tepi sungai katanya. Korang pergi cari sekarang! Aku suruh kawan aku yang berniaga sarapan pagi buat lontong pucuk paku dan aku tolong viralkan kedai dia, sampai ke sudah tak buat.

Melukut tepi gantang

Image
Sebab sedar diri, sampai sekarang aku tak nak jadi macam melukut tepi gantang. Bila ada perasaan dipinggirkan, aku diam-diam berundur. Dulu kehidupan kami susah. Tak pernah termampu beli beras segantang. Setiapa kali ke kedai Cina Kee Leng atau Ah Chai di Pekan Kalumpang, setakat mampu beli satu leng untuk sekali makan. Kalau beli 1 leng atau 1 cupak dibungkus menggunakan kertas surat khabar digulung bentuk kon. Beli segantang menggunakan karung kertas atau kami panggil karung gantang. Kertas nya kami buka jadi helaian dan gunakan 'kertas gantang' itu untuk menulis atau melukis.

Hat Yai Paradise Hotel & Resort - Sarapan pagi

Image
  Malam tadi mimpi indah. Tapi dalam sejarah hidup aku mimpi terbalik. Kalau mimpi orang tu sayang aku biasanya dia nak lari dari aku 😂

Hatyai Paradise Resort Hotel

Image
Sarapan pagi

Longan & Ginko sarang burung

Image
Night Market at Hat Yai, Thailand

Ziarah tuan guru Baba Ahmad Mukmawi

Image
Di Ban Mowawe, Pattani, Thailand menziarahi Tuan Guru Baba Ahmad yang baru kembali dari menunaikan ibadah Haji di Pondok Mukmawiyah.

Salam Subuh

Image
 إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي “Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati dak.  Surah Taha ayat 14

Fructose & Gout.

Image
Kajian sains mungkin betul tapi kajian mereka tak mengambil kira bila di kunyah lama dan bergaul dengan saliva akan merubah kepada sifat alkali sebelum masuk kedalam perut. Sebab tu kalau buat jus pun minum sikit kemam sampai bergaul dengan saliva sebelum telan. Sebaiknya eaten raw, tak payahlah buat jus. -- http://din.huluselangor.net

Berkebun ketika demam

Image
Selesai berkebun, merecik peluh. Kutip terung ungu buat goreng berlada. -- http://din.huluselangor.net

[VIDEO] Penjual mangga India

Image
 Jual murah, boleh lah cuba. Rasanya belum tahu lagi RM5 sekilo.

Sebab apa aku amalkan Intermittent fasting & LCHF

Image
Bila kita berada dalam ketosis, ada banyak lemak tersimpan yang boleh diakses oleh badan anda untuk menjana tenaga. Lapar hanya berlaku jika badan kita tidak dapat mengakses lemak yang tersimpan atau tidak cukup lemak. Bukti mengaitkan fasa awal puasa atau diet rendah karbohidrat dengan situasi well-being & mild euphoria. Situasi ini sering dikaitkan dengan ketosis, penghasilan keton badan ini boleh menggantikan glukosa sebagai sumber tenaga untuk otak. Sebab tu orang yang amal diet high fat low carbohydrate otaknya lebih cerdas dan tak diganggu saka. Jadi mana datang kata menyebabkan kenaikan kolestrol atau lemak dalam badan? Mungkin lah ada sikit percezaan IF dan pemakanan orang yang bermasalah kesihatan dengan yang sihat. Gambar mungkin tak ada kena mengena.