BOSAN
Hidup ini memang sering adakalanya sangat membosankan sehinggakan apa sahaja yang kita lakukan tidak dapat diterima oleh tubuh kita sendiri. Kebosanan itu mungkin berpunca dari persekitaran kita yang penuh dan sarat dengan keadaan yang tiada makna. Saya cukup malas sebenarnya untuk menceritakan keadaan sebenar saya yang mempunyai persekitaran yang tidak sihat. Five (5) M - Mengata, Mengutuk, Mengumpat, Membenci, Menghukum. 5 M ini jika tidak diatasi dengan pemikiran yang baik dan jati diri yang kuat, pastinya kita akan rebah di pangkuan mereka yang mempunyai 5 M ini. Kadangkala kesalahan yang tiada kena mengena dengan mereka menjadi punca yang tiada makna untuk mereka melakukan 5 M. Memang hakikat hidup bermasyarakat di Malaysia ini khususnya mereka yang menggelarkan diri mereka melayu tidak dapat tidak 'rahsia dalaman' setiap individu itu menjadi satu kisah yang patut dipertontonkan dan diceritakan serta dihujahkan sesama mereka ahli 5 M. Adakah itu realiti hidup bermasyarakat