BOSAN
Hidup ini memang sering adakalanya sangat membosankan sehinggakan apa sahaja yang kita lakukan tidak dapat diterima oleh tubuh kita sendiri.
Kebosanan itu mungkin berpunca dari persekitaran kita yang penuh dan sarat dengan keadaan yang tiada makna. Saya cukup malas sebenarnya untuk menceritakan keadaan sebenar saya yang mempunyai persekitaran yang tidak sihat.
Five (5) M - Mengata, Mengutuk, Mengumpat, Membenci, Menghukum.
5 M ini jika tidak diatasi dengan pemikiran yang baik dan jati diri yang kuat, pastinya kita akan rebah di pangkuan mereka yang mempunyai 5 M ini.
Kadangkala kesalahan yang tiada kena mengena dengan mereka menjadi punca yang tiada makna untuk mereka melakukan 5 M. Memang hakikat hidup bermasyarakat di Malaysia ini khususnya mereka yang menggelarkan diri mereka melayu tidak dapat tidak 'rahsia dalaman' setiap individu itu menjadi satu kisah yang patut dipertontonkan dan diceritakan serta dihujahkan sesama mereka ahli 5 M.
Adakah itu realiti hidup bermasyarakat? Mestikah hakikat itu patut diterima? Selayaknya mereka yang berbangga dengan pekerjaan, pendidikan akademik dan agama, berusia emas, berakhlak mulia dan yang penting kononnya berbudi serta berbahasa tidak patut melakukan 5 M.
Tapi saya penuh kehairanan mengapa budaya sebegini kurang adanya pada kaum yang lain seperti kaum cina dan mereka yang berbangsa Eropah. Jika persoalannya diajukan pada mereka ahli2 5 M ini pastinya jawapan mereka, biasalah hidup bermasyarakat...............
Secara baiknya, mereka ahli 5 M ini patut dijauhi oleh mereka yang tak mahu berdebat dan terlibat secara lansung mahu tidak lansung. Biarlah kita dikatakan tidak bercampur gaul dengan orang. Tiada faedah lansung jika bercampur dengan mereka ahli 5 M ini. Lebih menyakitkan jika kita sahaja yang mereka nampak salahnya sedangkan perbuatan mereka lebih teruk.
biasalah hidup bermasyarakat.............
Susah tak ada siapa yang nampak, bila senang kitalah yang dia nampak.
Mungkin mereka yang tiada lansung niat nak buat 5 M ini memang lebih suka menyendiri. Kata nabi, diam itu lebih baik dari berkata-kata.
Mungkin inilah sebabnya yek.