Kementerian Kesihatan mengenalpasti enam kluster baru membabitkan Selangor, Sabah, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor.

Kluster berkenaan adalah Tapak Bina Lebih di Sepang, Selangor; Kluster Sugud di daerah Penampang dan Papar, Sabah; Kluster Tapak Bina Jalan Tengah di Kuala Lumpur; Kluster Persiaran Heights di Seremban, Negeri Sembilan; Kluster Tembok Gajah di Kluang, Johor dan Utama Rini di daerah Johor Bahru, Kulai dan Pontian, Johor.

Memperincikan kluster berkenaan, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Tapak Bina Lebuh membabitkan tempat kerja dengan kes indeks dilapor positif pada 15 Dis melalui saringan tempat kerja.

“Sehingga hari ini, seramai 285 individu disaring dengan 20 kes dilapor positif,” katanya dalam kenyataan.

Mengenai Kluster Sugud, Hisham berkata, seramai 26 kes dikesan positif sementara Kluster Tapak Bina Jalan Tengah yang dikesan di Lembah Pantai, Kuala Lumpur melaporjan 11 kes positif.

Kluster berikutnya, Persiaran Heights di Seremban, beliau berkata seramai 21 kes dikesan positif hasil saringan terhadap 60 individu.

Manakala, bagi Kluster Tembok Gajah, seramai 13 individu dilapor positif manakala Kluster Utama Rini merekodkan 22 kes positif.

Sementara itu, Hisham berkata, sebanyak 435 kluster dilaporkan setakat hari ini termasuk enam kluster baru.

Jumlah kluster yang tamat pula adalah sebanyak 238 kluster termasuk dua kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Parit Kassan di Johor dan Kluster Kube di Kelantan.

“Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 197 kluster.”


Popular posts from this blog

Kuih Melayu tradisional tidak menggunakan tepung gandum

Sah betik yang aku tanam betik betina. Ada 3 cara mengenali betik jantan dan betina selepas menyemai dan berbunga.