Takziah untuk seluruh keluar Hani Mohsin KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Hani Mohsin, pelakon dan hos program TV Roda Impian, meninggal dunia akibat diserang sakit jantung di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang Selasa. Hani, 41, rebah di Terminal Penerbangan Tambang Murah pada 10 pagi ketika sedang menunggu untuk menaiki pesawat ke Alor Star dalam perjalanannya ke Langkawi, demikian menurut Yasin Hamid, penerbit eksekutif Imagine Pictures, syarikat penerbitan yang diusahakan oleh Alhayarham. Selepas terjatuh, beliau dibawa ke klinik di terminal itu tetapi disahkan meninggal dunia. Jenazah beliau telah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kemudiannya dibawa pulang ke rumahnya di No 9, Jalan Kelab Ukay, Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, di sini. Presiden Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) Dr Mahadi J. Murat memberitahu Bernama bahawa FDAM akan membantu menguruskan jenazah Hani Mohsin, yang juga ahli jawatankuasa persatuan itu. Para anggota keluarg...