Hani Mohsin Meninggal Dunia Serangan Jantung


Takziah untuk seluruh keluar Hani Mohsin















KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Hani Mohsin, pelakon dan hos program TV Roda Impian, meninggal dunia akibat diserang sakit jantung di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang Selasa.

Hani, 41, rebah di Terminal Penerbangan Tambang Murah pada 10 pagi ketika sedang menunggu untuk menaiki pesawat ke Alor Star dalam perjalanannya ke Langkawi, demikian menurut Yasin Hamid, penerbit eksekutif Imagine Pictures, syarikat penerbitan yang diusahakan oleh Alhayarham.

Selepas terjatuh, beliau dibawa ke klinik di terminal itu tetapi disahkan meninggal dunia.

Jenazah beliau telah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kemudiannya dibawa pulang ke rumahnya di No 9, Jalan Kelab Ukay, Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, di sini.

Presiden Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) Dr Mahadi J. Murat memberitahu Bernama bahawa FDAM akan membantu menguruskan jenazah Hani Mohsin, yang juga ahli jawatankuasa persatuan itu.

Para anggota keluarga terdekat Allahyarham di Perlis dan Perak, yang telah dimaklumkan mengenai berita ini, sedang dalam perjalanan ke rumah Allahyarham.

Ramai sahabat handai dan wakil media kelihatan berada di kediaman Allahyarham.

Mahadi berkata jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Mukim Hulu Klang, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Klang selepas solat Asar.

Popular posts from this blog

Kuih Melayu tradisional tidak menggunakan tepung gandum

Sah betik yang aku tanam betik betina. Ada 3 cara mengenali betik jantan dan betina selepas menyemai dan berbunga.