Posts

Anggota polis ugut pasangan tunang, cabul gadis dan rakam aksi ghairah

Image
KOTA BHARU: Dua anggota polis masing-masing berpangkat lans koperal dan konstabel ditahan kerana disyaki memeras ugut dan menumbuk seorang pemuda serta mencabul kehormatan tunangnya dalam sebuah kereta dalam tiga kejadian di Pengkalan Chepa di sini, Jumaat lalu. Dua anggota terbabit yang berusia 30 tahun dan 35 tahun ditahan sebaik sahaja polis menerima laporan daripada kedua-dua mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai, pukul 1.21 pagi, Ahad lalu. Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, kejadian bermula di kawasan Jambatan Pak Nik Lah selepas pasangan tunang tersebut ditangkap berdua-duaan di dalam sebuah kereta, kira-kira pukul 10.45 malam, Jumaat lalu. Katanya, mangsa lelaki berusia 21 tahun ditumbuk di telinga dan dada oleh salah seorang suspek, sebelum dibawa ke mesin transaksi automatik (ATM) dengan menaiki kereta Peronda Polis (MPV) bagi membuat pengeluaran sejumlah wang yang diminta suspek. “Pemuda itu meninggalkan tunangnya yang berusia 20 tahun bersam...

Hutang negara dibawah Tok Abah meningkat kepada RM1.257 trilion

Image
Jumlah keseluruhan liabiliti dan hutang kerajaan dianggarkan berjumlah RM1.257 trilion atau 87.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Timbalan Menteri Kewangan, Mohd. Shahar Abdullah berkata, hutang kerajaan persekutuan pada akhir September lalu mencatat RM874.3 bilion atau 60.7 peratus kepada KDNK. “Namun, berdasarkan pengiraan had statutori nisbah hutang Kerajaan Persekutuan merangkumi instrumen Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB) mencatat 56.6 peratus daripada KDNK iaitu kurang daripada had 60 peratus yang baru ditetapkan (Akta 830 Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan (Penyakit Koronavirus 2019(COVID19)). ” Kerajaan komited memastikan pembiayaan semula hutang Persekutuan dilaksanakan secara teratur mengikut jadual. Dalam situasi krisis pandemik Covid-19 yang masih berlarutan ini, kerajaan akan memberi tumpuan terhadap pemulihan ekonomi terutama bagi memelihara kesejahtera...

ADUN Bersatu, Pas dipanggil menghadap Sultan Perak

Image
IPOH – Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pas dipanggil menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini. Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Annuar Zaini berkata, kesemua mereka dipanggil menghadap Sultan Perak bagi mempersembahkan sokongan mereka terhadap nama Menteri Besar baharu yang dicalonkan UMNO hari ini melalui Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini. “Pagi ini Presiden UMNO dan Pengerusi UMNO Perak telah menghadap Tuanku Sultan untuk memaklumkan status terkini dan baginda menerima status tersebut. Bagaimanapun, perkara tersebut perlu dibuktikan terlebih dahulu. “Oleh sebab itu, Tuanku Sultan menitahkan semua ADUN daripada PPBM dan Pas untuk datang menghadap baginda bila-bila masa pada hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita di luar Istana Kinta di sini hari ini. Tambah Annuar, istiadat mengangkat sumpah Menteri Besar Perak akan dilaksakan selepas Sultan Nazrin yakin ada majoriti mudah da...

Beri Peluang Syarikat Dari Sabah Dan Sarawak Secara Saksama Untuk edar Vaksin Covid-19 – Mohamad Alamin

Image
Ahli Parlimen Kimanis, Dato’ Mohamad Alamin memohon kerajaan mempertimbangkan cadangan untuk memberi peluang kepada syarikat atau mana-mana ejen di Sabah dan Sarawak mengedar vaksin Covid-19. Katanya, cadangan itu dikemukakan sebagai usaha meningkatkan kualiti dan kemudahan kesihatan rakyat Sabah dan Sarawak tanpa membiarkan peluang sedemikian hanya dimonopoli syarikat dari Semenanjung. “Saya berharap ejen pengedar dari Sabah dan Sarawak akan diberikan kuota pengedaran di kedua-dua negeri tersebut tanpa peluang itu hanya dimonopoli oleh pengedar-pengedar dari Semenanjung. “Dalam usaha meningkatkan kualiti dan kemudahan kesihatan bagi rakyat Sabah, saya berharap pendekatan yang lebih baik akan digunakan dan dipertimbangkan oleh Kerajaan Pusat, terutama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), ” ujarnya dalam satu kenyataan media, hari ini. Mengulas lanjut, kata Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) itu, cadangan tersebut penting untuk mem...

Susulan ‘Langkah Perak’, masa depan Muafakat Nasional penuh persoalan

Image
Adakah nasib Muafakat Nasional di hujung tanduk? Persoalan ini timbul susulan kenyataan terbaru PPBM lewat malam semalam mengenai penyingkiran timbalan presiden parti itu sebagai menteri besar Perak oleh Umno. Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin, berkata parti itu akan meningkatkan kerjasama dengan PAS melalui Perikatan Nasional (PN) demi “kestabilan politik peringkat nasional dan negeri”. Beliau tidak merujuk langsung kepada kerjasama dengan UMNO, mahu pun Muafakat Nasional yang menggabungkan PPBM, PAS, dan Umno dalam kenyataan itu. Agak ketara PPBM amat marah dengan tindakan 24 daripada 25 Adun Umno menolak usul percaya terhadap terhadap Ahmad Faizal Azumu di DUN Perak Jumaat lalu, sekali gus memaksanya meletak jawatan sebagai MB. Ada yang bertanggapan kemarahan itu reda berikutan perkembangan di Johor dua hari kemudian. Meskipun berpeluang mencantas MB daripada Umno, Hasni Mohamad, 13 ADUN PPBM dan PAS mendokong Belanjawan Johor 2021, sekali gus membolehkan ia diluluskan sebulat ...

PBB ramal 2021 tahun malapetaka

Image
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), New York – Tahun 2021 akan menjadi ‘tahun krisis kemanusiaan paling buruk’ sejak PBB ditubuhkan, kata beberapa pegawai kanan badan dunia itu, lapor portal berita Metro.co. Ketua Program Makanan Sedunia, David Beasley berkata, kebuluran sedang menanti 12 buah negara di dunia. Katanya, tahun 2021 adalah ‘bencana’ kerana kesan pandemik terhadap negara-negara membangun. “Kita tidak mungkin dapat membiayai semuanya. Justeru, kita perlu memberi keutamaan dan seperti yang saya kata, malapetaka menunggu di muka pintu,” katanya kepada 193 anggota Perhimpunan Agung PBB Jumaat lalu. Langkah dan sekatan koronavirus di seluruh dunia membawa kepada peningkatan 40 peratus bilangan penduduk yang memerlukan bantuan kemanusiaan, kata PBB minggu lalu. Badan dunia itu meminta dana berjumlah AS$35 bilion (RM142.3 bilion). Perkembangan itu berlaku selepas ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Tedros Adhanom Ghebreyesus merayu peruntukan AS$4.3 bilion (RM17.4) disuntik k...

Rakyat Britain mula terima suntikan vaksin Covid-19 esok

Image
LONDON – Britain bersiap sedia hari ini untuk memulakan kempen vaksinasi terbesar negara itu tetapi pegawai-pegawai kesihatan memberi amaran bahawa usaha memberi pelalian Covid-19 kepada berjuta-juta rakyatnya dijangka mengambil masa sehingga tahun depan. Pengagihan pertama di dunia vaksin Pfizer-BioNtech itu dijadualkan bermula esok dalam kempen vaksinasi digelar ‘V-Day’ oleh Setiausaha Kesihatan Britain, Matt Hancock. Hospital Universiti Croydon di selatan London merupakan antara 50 hab klinikal yang mula menerima hantaran awal sebanyak 800,000 dos vaksin Covid-19 itu pada hujung minggu lalu dari sebuah kilang Pfizer di Belgium. Di hospital Croydon berkenaan, seorang juruteknik makmal mengangkat bungkusan berisi dos vaksin Covid-19 keluar daripada kotak ais kering yang menyimpan vaksin tersebut pada suhu -70 darjah Celsius dan memindahkannya ke dalam sebuah peti sejuk beku khas. ” Mengetahui bahawa vaksin Covid-19 berada di sini dan kami adalah antara yang pertama di Britain menerima...

MAM pujuk KIP lupakan persaraan

Image
PERSATUAN Permotoran Malaysia (MAM) menyatakan kesudian bagi memastikan pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi terus kekal dalam arena sukan permotoran. Difahamkan, bekas pemenang Grand Prix (GP) Argentina dan GP Jerman 2016 dalam kelas Moto3 itu meluahkan hasrat untuk meninggalkan sukan tersebut selepas kecewa dengan prestasi yang dipamerkan musim ini. Setiausaha Agung MAM, Muizz Azli berkata, pihaknya sedia mengadakan pertemuan dengan pelumba yang terkenal dengan jolokan Super KIP itu bagi membincangkan mengenai masa depannya. “MAM akan mengadakan perjumpaan dengan Khairul Idham 15 Disember ini bagi mengetahui masalah sebenar. Dia seorang pelumba berbakat dan masih ada pasukan yang berminat mendapatkan khidmatnya. “Sekiranya dia berdepan masalah, kami di MAM sedia melakukan apa sahaja untuk membantunya,” katanya. Sebagai rekod, pelumba berusia 22 tahun yang beraksi bersama pasukan Petronas Sprinta Racing itu gagal menampilkan prestasi memuaskan apabila gagal mengutip sebarang mata ...

Ringgit bakal terjejas ekoran Fitch Ratings semak turun penarafan Malaysia

Image
Langkah menyemak turun penarafan Malaysia oleh firma penarafan antarabangsa, Fitch Ratings berisiko menjejaskan kedudukan ringgit. Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, kegiatan pengambilan untung mungkin berlaku disebabkan ringgit dilihat telah mengukuh ke paras yang begitu memberangsangkan iaitu sekitar RM4.06 hingga RM4.07 berbanding dolar Amerika, daripada RM4.447 pada pertengahan Mac lalu. Menurut beliau, bagi berdepan risiko akibat penarafan se­mula itu, kerajaan memerlukan strategi jelas untuk memperbaiki kedudukan defisit fiskal yang melebar apabila ekonomi mula pulih pada tahun 2022 dan seterusnya. “Kerajaan perlu ada peranca­ngan yang rapi terutamanya dari sudut komunikasi kepada rakyat serta tadbir urus yang baik. “Ini adalah kerana dasar untuk memperbaiki kedudukan kewa­ngan sememagnya tidak popular, misalnya pengenalan cukai-cukai baharu serta pengurangan per­belanjaan,” katanya kepada pemberita di sini semalam. Minggu lalu, Fitch Rating...

PN Belum Pasti Sokong UMNO di Perak

Image
Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini, yang dipengerusikan oleh Presiden BERSATU, YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj. Mohd. Yassin menzahirkan rasa kesal terhadap Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Menurut kenyataan Media Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, MPT sebulat suara bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama antara BERSATU dan PAS melalui Perikatan Nasional dalam usaha mengekalkan kestabilan politik di peringkat nasional dan negeri. Bersatu kecewa dengan usul yang dibuat oleh UMNO tetapi tidak disokong oleh UMNO dan Pakatan Harapan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini. Kenyataan media yang dikeluarkan turut tidak memberi sebarang komitmen menyokong Menteri Besar dari UMNO. Bersatu menyatakan semua keputusan yang bakal diambil BERSATU berkaitan penubuhan Kerajaan Negeri Perak yang baharu akan mengambil kira ketetapan ber...

Datuk Tan dari kena dakwa jadi saksi pendakwaan Ku Nan

Image
Ahli parlimen UMNO Ku Nan dilepas tanpa dibebas kes rasuah RM1 juta hari ini setelah Peguam Negara arahkan pendakwa raya tarik balik pertuduhan akibat "perkembangan baru yang melibatkan seorang saksi utama". Kes yang dimulakan oleh Tommy Thomas di bawah Gagalkrasi PH ini amat pelik. Pada permulaannya, seorang developer bernama Datuk Tan Eng Boon didakwa bersama Ku Nan di atas tuduhan Datuk Tan memberi rasuah RM1 juta kepada Ku Nan. Masa itu, Datuk Tan mengaku tidak bersalah dan tegas bahawa ianya derma politik untuk digunakan dalam dua PRK (Kuala Kangsar dan Sungai Besar) yang sedang dihadapi BN masa itu. Namun selepas itu, pendakwa raya di bawah Tommy masa itu memberi deal kepada Datuk Tan. Akan tetapi apabila kes ini mula dibicarakan di Mahkamah pada bulan September 2019 lalu, Datuk Tan tiba-tiba menukar pengakuan dia. Dia kini mengaku bersalah memberi rasuah RM1 juta kepada Ku Nan. Hakim (yang juga hakim sama untuk kes SRC saya) pun menjatuhkan hukuman ke atas Datuk Tan. D...

Tok Abah Kau terpaksa melutut di kaki UMNO bagi mempertahankan jawatan Perdana Menteri

Image
“Parti kecil yang merasakan mereka kuat, sebenarnya lemah. Mereka hilang kuasa di Johor, hilang kuasa di Kedah dan yang terbaru di Perak. Yang tinggal dan bersisa hanya di Sabah, itupun tunggu masa sahaja. Semuanya ditentukan UMNO” ------------------------------------------------- (Suara TV) – Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya terpaksa melutut kepada UMNO bagi mempertahankan tampuk kuasa sebagai Perdana Menteri. Bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dalam catatan di Facebooknya berkata, taring Muhyiddin sedikit pun tidak menggerunkan malah melihat begitu sahaja babak Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dijatuhkan dan negeri pimpinan Bersatu tumbang. “Kuasa terakhir adalah pada Perdana Menteri, namun keabsahan bilangan sokongan turut bergantung kepada UMNO. “Muhyiddin akhirnya terpaksa melutut kepada UMNO, melihat begitu saja babak Timbalannya (Ahmad Faizal) dijatuhkan dan negeri pimpinan Bersatu dirampas satu persatu,” katanya. Adly memberitahu, menyingkap perist...

‘Microsleep’ membunuh, KKM beri tips pemanduan selamat

Image
Pernah mengalami keadaan rasa mengantuk yang tidak terkawal ketika memandu dalam perjalanan jauh atau terlelap sehingga terkeluar dari laluan pemanduan asal? Situasi itu dinamakan ‘ microsleep ’, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ialah keadaan di mana kita akan tertidur hingga 30 saat tanpa kita sedari. Antara simptom termasuklah tersengguk-sengguk, kelopak mata semakin tertutup atau kuyu, mata terkebil-kebil, dan lupa kejadian di waktu-waktu akhir. Beberapa penyebab terjadinya ’ microsleep ’ antaranya kurang tidur, terlalu penat, jadual tidur yang tidak menentu, atau badan cuba melawan rasa mengantuk. ‘ Microsleep ’ jika terjadi semasa memandu bukan sahaja boleh membahayakan diri sendiri, malah penumpang lain dalam kenderaan anda termasuk ahli keluarga sendiri. Lebih malang, risiko mengakibatkan kemalangan maut juga boleh terjadi kepada kenderaan lain yang berdekatan. Bagi mencegah tragedi buruk, beberapa tips diberi KKM untuk pemandu mencegah ‘ microsleep ’. “Dapatkan reha...

Al-Ikhsan sertu premis perniagaan dimasuki babi hutan

Image
  Pengurusan kedai peralatan sukan Al-Ikhsan di pusat beli-belah Alamanda, di sini, melakukan proses sertu di premis itu hari ini susulan kejadian seekor babi hutan sesat memasuki premis itu semalam. Tinjauan ke premis itu mendapati, proses sertu itu dijalankan dengan pemantauan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Aktiviti bermula 10 pagi dan berakhir dua jam kemudian, disertai 15 kakitangan JAWI termasuk Bahagian Kajian jabatan itu dan 10 kakitangan Al-Ikhsan. Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Putrajaya, Mastuyah Sahari berkata, pihak Al-Ikhsan berkata, kejadian itu petang semalam adalah kali pertama berlaku di pusat beli belah di pusat pentadbiran kerajaan ini. "Ia juga antara aktiviti dakwah JAWI dalam membimbing dan memberi kefahaman kepada masyarakat bagi mengadakan aktiviti sertu. "Kita juga sudah mengesan tapak kaki dan air liur haiwan liar itu termasuk melupuskan barangan yang terkena tubuh badan haiwan itu," katanya ketika ditemui di sini, hari ini....

Pengerusi DAP minta maaf pada Annuar Musa atas isu jual tanah DBKL

Image
  Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, bertemu Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa, di pejabatnya bagi memohon maaf berhubung kenyataannya tentang penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Annuar di Twitter memaklumkan Tan menyerahkan surat pengakuan memohon maaf dan menarik balik kenyataannya yang dibuat pada 18 Nov. Tan ketika dihubungi FMT mengesahkan permohonan maaf itu. “Iya, hal ini kerana komen saya yang dahulu merupakan fakta yang tidak benar.” Annuar akan merujuk peguamnya menyusuli perkembangan ini. Sebelum ini, peguam Annuar menyerahkan notis menuntut Tan menarik balik dan memohon maaf atas kenyataan yang mengaitkannya dengan penjualan 42 plot tanah DBKL. Annuar menafikan tuduhan berkenaan, mengatakan beliau tidak pernah terima apa-apa permohonan daripada DBKL. DBKL juga menyangkal dakwaan itu, mengatakan 42 plot tanah berkenaan milik persendirian yang memohon proses perubahan kepada zon guna tanah, kepadatan penduduk, dan nisbah plot terhadap Pelan Bandar Raya Ku...