Betul ke ni? Tapi kopi kan banyak keburukan? Sebenarnya tak semua tahu yang minum kopi ni banyak sangat khasiat berbanding keburukan. Ini antara 5 kebaikan minum kopi yang ramai tak tahu. Tak nak percaya korang punya pasal. 1. Membekalkan tenaga serta meningkatkan daya pemikiran dan kekal fokus Kafein, yang sangat bagus untuk membekalkan tenaga kepada tubuh. Selain itu, kafein juga membantu meningkatkan daya pemikiran kerana ia akan membuatkan sel-sel otak bekerja. 2. Mengurangkan risiko menghidap penyakit Diabetes Tahap II ( yang dah kena lain cerita) Ada kajian yang telah dijalankan di negara barat menunjukan bahawa orang yang banyak minum kopi mempunyai risiko hampir 23 sehingga 50 % rendah berbanding orang yang tidak minum kopi secara harian. 3. Mengelakkan kemurungan dan kesedihan Dalam satu kajian yang dijalankan di Harvard pada tahun 2011, wanita yang mengambil 4 atau lebih cawan kopi sehari, mempunyai risiko 20% lebih rendah untuk mempunyai masalah kemurungan ...