Mahkamah Rayuan isytihar pemecatan Anwar sah
Lepas ni apa lah temberang aljub.. tu di Ijok PUTRAJAYA 25 April — Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Kabinet sembilan tahun lepas dilaksanakan secara sah oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad oleh kerana kuasa melantik dan memecat menteri terletak pada Perdana Menteri, demikian Mahkamah Rayuan memutuskan hari ini. Hakim-hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Mohamed Raus Sharif dan Datuk Heliliah Mohohamed Yusof membuat keputusan sebulat suara itu selepas menolak rayuan Anwar supaya pemecatannya daripada jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri diisytiharkan tidak mengikut perlembagaan. Raus, dalam penghakiman 19 halaman, berkata, surat pemansuhan pelantikan Anwar sebagai menteri Kabinet, dikeluarkan Dr. Mahathir pada 2 Sept 1998, mematuhi Artikel 43 (5) Perlembagaan Persekutuan oleh kerana itu merupakan bukti lebih daripada cukup untuk menunjukkan formaliti menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengenai pemansuhan telah dilakukan oleh be