Posts

Keputusan PRK N11 Ijok - 8:45 Malam

Image
Semua tempat pengundi Melayu kalah kecuali Setaia Jaya (Jagaan Hulu Selangor/Puchong/Serdang :-) ) Sungai Darah dan Bukit Badong Menang atas bantuan Pengundi India. Undi Kawasan India nampak solid memihak kepada BN. Ada kemungkinan kawasan Majoriti India, yang menyokong PKR adalah pengundi Melayu.

Tersasul ke bang

Pertarungan Sengit Antara BN Dan PKR Di DUN Ijok

KUALA SELANGOR, 27 April -- Walaupun hanya beberapa jam saja lagi akan berlangsung proses mengundi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Ijok, hakikatnya hingga saat ini belum ada tanda-tanda jelas apakah calon Barisan Nasional atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan meraih kemenangan. Masing-masing mendabik dada dan yakin mampu untuk memenangi hati pengundi dan akhirnya akan muncul sebagai parti paling layak untuk memimpin rakyat di kawasan itu apabila keputusan pengundian diumumkan malam esok. Menurut perkiraan atas kertas, BN mempunyai kelebihan untuk memenanginya sekali lagi sama seperti pada empat pilihan raya kecil lain -- di Kuala Berang (Terengganu), Pengkalan Pasir (Kelantan), Batu Talam (Pahang) dan terakhir kira-kira dua minggu lepas di Machap, Melaka, diadakan selepas pilihan raya umum 2004. Tetapi ini lain jadinya berikutan PKR dengan bantuan tidak langsung daripada parti pembangkang PAS dan DAP mencetuskan pertarungan paling sengit dan panas dalam mana-mana s

KHALID YANG SEMAKIN TERSEPIT!!!

Khalid Ibrahim, calon PKR hari ini berceramah di perkarangan masjid Simpang Tiga Ijok selepas solat Jumaat sebentar tadi sekaligus mengengkari arahan DYMM Tuanku Sultan Selangor agar tidak menggunakan masjid untuk berkempen politik. Dalam ucapannya, beliau meminta pengundi Islam mengundi beliau kerana dia calon Islam. Orang yang datang ke masjid itu ialah untuk bersembahyang, bukan mendengar ceramah politik. Para jemaah itu terdiri dari ahli pelbagai parti termasuklah UMNO. Masjid sepatutnya menjadi tempat orang Islam bercakap soal perpaduan, bukan menanam kebencian berasaskan politik kepartian. Perbuatannya ini memecahbelahkan masyarakat setempat dan amat merbahaya. Khalid tidak peduli semua itu. Dia akan pulang ke Kuala Lumpur selepas 28 April walaupun penduduk Ijok akan bercakaran sesama sendiri pilihanraya kecil itu. PKR juga mengedarkan VCD dan pelbagai phamplet parti dalam masjid. Untuk mengelakkan orang ramai keluar, sebuah kereta yang dipercayai milik penyokong PKR diletakkan d

Simpati Najib Kepada Khalid

KUALA SELANGOR, 27 April -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "bersimpati" dengan calon pembangkang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkannya masih sayang kepada Barisan Nasional (BN) dan sukar menghilangkannya dari hati walaupun kini menjadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan raya Dewan Undangan negeri (DUN) Ijok. Katanya ucapan 'luar sedar' Khalid hingga "tersasul" berkempen untuk calon BN jelas menunjukkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu masih sayang kepada BN walaupun kini berdiri di atas platform PKR dan akan bertanding menentang calon BN, K Parthiban, 38. "Dia tersasul kerana dalam hati dan jiwanya, dia masih tidak dapat lupa bahawa BN banyak berjasa kepadanya. Sebab itu dalam kepalanya susah nak hilangkan perasaan (sayang) pada BN itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kempen dari rumah ke rumah di Taman Bukit Badong Timur, di sini, hari ini. Ketika berucap d

Mahkamah Rayuan isytihar pemecatan Anwar sah

Lepas ni apa lah temberang aljub.. tu di Ijok PUTRAJAYA 25 April — Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Kabinet sembilan tahun lepas dilaksanakan secara sah oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad oleh kerana kuasa melantik dan memecat menteri terletak pada Perdana Menteri, demikian Mahkamah Rayuan memutuskan hari ini. Hakim-hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Mohamed Raus Sharif dan Datuk Heliliah Mohohamed Yusof membuat keputusan sebulat suara itu selepas menolak rayuan Anwar supaya pemecatannya daripada jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri diisytiharkan tidak mengikut perlembagaan. Raus, dalam penghakiman 19 halaman, berkata, surat pemansuhan pelantikan Anwar sebagai menteri Kabinet, dikeluarkan Dr. Mahathir pada 2 Sept 1998, mematuhi Artikel 43 (5) Perlembagaan Persekutuan oleh kerana itu merupakan bukti lebih daripada cukup untuk menunjukkan formaliti menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengenai pemansuhan telah dilakukan oleh be

Pengundi Hantu Konon....

Image
Tengok sini Orang kawan dgn setan memang suka mencari hantu. Banyak sgt blog yang mempertikai no IC bermula 90. Atok dorang dah lama tak de, tu sebab tak tahu perkembangan pasal no IC ni. Datang lah ke Ijok cari orang tu sekarang. Jangan buat modal bila dah kalah nanti. Atok Yanti pun IC bermula 90 masih hidup, bila Yanti tanya berapa umur atok sebenar dia kata sama tua dengan pokok kelapa depan rumah tu. Faham maksud  Yanti.. dulu mana ada birth cert tarikh kelahiran sebenar. JPN letak 90 sahaja (bermaksud tahun 1900. Kalau 99 bermaksud 1899. Pernah tengok ic datok atau moyang korang tak...