KHALID YANG SEMAKIN TERSEPIT!!!

Khalid Ibrahim, calon PKR hari ini berceramah di perkarangan masjid Simpang Tiga Ijok selepas solat Jumaat sebentar tadi sekaligus mengengkari arahan DYMM Tuanku Sultan Selangor agar tidak menggunakan masjid untuk berkempen politik. Dalam ucapannya, beliau meminta pengundi Islam mengundi beliau kerana dia calon Islam.

Orang yang datang ke masjid itu ialah untuk bersembahyang, bukan mendengar ceramah politik. Para jemaah itu terdiri dari ahli pelbagai parti termasuklah UMNO. Masjid sepatutnya menjadi tempat orang Islam bercakap soal perpaduan, bukan menanam kebencian berasaskan politik kepartian. Perbuatannya ini memecahbelahkan masyarakat setempat dan amat merbahaya.

Khalid tidak peduli semua itu. Dia akan pulang ke Kuala Lumpur selepas 28 April walaupun penduduk Ijok akan bercakaran sesama sendiri pilihanraya kecil itu.

PKR juga mengedarkan VCD dan pelbagai phamplet parti dalam masjid.

Untuk mengelakkan orang ramai keluar, sebuah kereta yang dipercayai milik penyokong PKR diletakkan di hadapan pagar masjid sekaligus menghalang kereta, motorsikal dan orang ramai keluar dari perkarangan masjid itu.

Nyata, Khalid Ibrahim semakin tersepit sehingga sanggup berbuat apa sahaja, hatta membelakangkan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor sebagai ketua agama di negeri ini!

Popular posts from this blog

Kuih Melayu tradisional tidak menggunakan tepung gandum

Sah betik yang aku tanam betik betina. Ada 3 cara mengenali betik jantan dan betina selepas menyemai dan berbunga.