Posts

Sejarah Jalan Chow Kit

Image
  Nak beli Allupurinol kena pergi Jalan Chow Kit. Farmasi buka sampai Jam 11 Malam. Boleh makan nasi Padang RM 5 kat gerai depan Farmasi. Nak tau cerita Jalan Chow Kit?  Begini ceritanya...  Jalan Chow Kit yang sebenarnya bermula dari simpang ke kanan selepas bulatan Raja Muda (sekarang lampu isyarat stesen monorail Chow Kit) menuju ke Jalan Batu (sekarang Jalan Tuanku - bukan Tunku- Abdul Rahman. Jalan Chow Kit asal berakhir di jambatan kayu menyeberang sungai Batu/Gombak. Selepas pembinaan PWTC baru ada jambatan untuk laluan kereta. Dulu di PWTC dan The Mall (Sunway Mall) rumah setinggan, tempat kitorang lastik burung merbah.  Kebanyakan kawasan ditumbuhi pokok petai belalang. Sekarang ini jalan Chow Kit berakhir di persimpangan jalan Raja Laut (7 Eleven) dan didepan tu dinamakan Jalan Putra (merujuk kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj).  Bangunan popular di Jalan Chow Kit, rumah kayu dicelah2 bangunan. Rumah no 41. Rumah itu pun dah dijual dan sedang dalam pembinaan bangunan 8 ti

Malacca Street Kuala Lumpur

Image
Semalam lepak di laman menara CIMB (Muamalat), Malacca Street sekarang Jalan Melaka .. Banyak kisah aku disini dari zaman kanak-kanak sampai remaja.  Begini ceritanya. Dulu disini aku naik bas balik ke Hulu Yam atau Kalumpang bila cuti sekolah. Masa usia 8 tahun aku dah travel alone atau orang kampung aku sebut 'unaccompanied minors' atau 'travel alone' Naik bas Len No. 66 Tg Malim atau no. 83 ke Hulu Yam. Hentian bas yang sesak dan serabut. Bersebelahan hentian teksi di kanan antara bangunan tertua di KL, Standard Chartered Bank dengan tagline nya BESAR, TEGUH dan PERAMAH. Iklan menggunakan wajah Sikh (jaga) yang berbadan besar tetapi peramah. Tak jauh dari situ ada bangunan antara yang tertinggi di KL masa itu selain dari bangunan UDA (National) Jalan Haji Hussin (Chow Kit). Bangunan AIA sebagai pandu arah ke Malacca Straits (Jalan Melaka) kalau berjalan kaki dari Kampung Baru. Satu peristiwa yang menjadi perhatian seluruh negara yang saya sendiri lihat adalah kebakar

Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Muda

Image
Kebetulan lalu depan sebuah sekolah.... Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Muda atau dulu namanya Princess Road Primary School.. Banyak sejarah disini dan yang paling istimewa pada tahun 1970... Begini ceritanya... 5 hari selepas ujian percubaan penilaian darjah 5 (sekarang UPSR) 3 orang cikgu beresembang depan kelas sambil memanfang kepada aku.. Suspen dan berdebar aku fikirkan apa salah aku.. yang aku dengar berulang2 sebut LCE.. Lepas tu cikgu Abdullah (Abdullah Volkwagen) panggil kedepan dan minta aku ikut diorang, sampai depan blik guru besar aku nak masuk tapi cikgu tarik kata bukan situ, bangunan sebelah. Sampai bangunan sebelah kami masuk dalam kelas 6A dan cikgu perempuan macam cikgu dalam kartun LAT 👉 bagi aku kertas dan minta aku baca depan kelas. Terkejut beruk aku, kertas tu kertas karangan ujian percubaan penilaian darjah 5. Aku pun baca lah karangan aku sendiri mengenai Kuala Lumpur tahun 2000 yang aku gambarkan monorail atas sungai Kelang dan Sungai Gombak dari Kampong Cho

Pokok pudina lebih mudah dijaga, rumah bau segar

Image
Jika sebelum ini ramai yang gilakan pokok lidah jin, kini ada beberapa lagi tanaman yang boleh dijadikan idea sebagai perhiasan dalam rumah. Salah satunya daun pudina, antara tumbuhan yang paling mudah ditanam dan boleh dijadikan bahan masakan, berbanding lidah jin yang beracun dan berisiko kepada kanak-kanak serta haiwan peliharaan. Seorang petani moden Shahrizal Denci berkongsi fakta tentang daun pudina yang boleh ditanam hanya di balkoni rumah dan memberi pelbagai manfaat. Pemuda itu juga mendedahkan cara menanam pokok pudina dengan mudah, iaitu hanya menggunakan daun yang dibeli di pasaraya dan batangnya ditanam semula dalam bekas berisi air. Katanya 10 hari kemudian tumbuhan itu mula mengeluarkan akar dan boleh dipindahkan ke dalam pasu atau botol plastik. “Lepas 90 hari, ia sudah sedia untuk dituai untuk jadi ulam atau letak dalam teh o panas. Sekian, selamat mencuba,” katanya. Hantarannya dikongsi lebih 1,000 pengguna Twitter dan disukai lebih 2,000 pemilik akaun. Mengulas lanju

Kedai Todi Kerajaan

Image
Sekarang ni sedang minum di Jalan Sentul berdekatan Balai Polis. Nak cerita pasal Kedai Todi Kerajaan atau lebih dikenali sebagai Toddy Shop. Begini ceritanya... Dulu di Jalan Sentul ada kedai todi kerajaan (berlesen) tempat penagih arak/tuak todi. Todi diperbuat dari nira kelapa yang di peram dan diproses menjadi tuak atau arak. Kedai todi tu dah di robohkan tetapi bentuknya sama seperti gambar dibawah yang merupakan kedai todi kerajaan Brickfields. Cawan/kole tidak disediakan sebab kalau disediakan peminum akan bawa keluar, bawa balik atau buang merata2. Biasanya mereka bawa sendiri atau sewa dari orang yang menyediakan perkhidmatan sewa kole. Yang buat perkhidmatan sewa kole dah jadi rutin pusing satu bangunan cari kole yang dibuang merata-rata oleh peminum todi. Sewa 1 kole 5-10 sen. Satu lagi perniagaan sampingan adalah jualan ikan kembung goreng dan ayam yang dijual dengan harga 10-20 sen. Peminum todi suka minum todi sambil meratah ikan kembung goreng.

Udang Harimau

Image
RM 55/kilo @ Kerling

Pais ikan patin

Image
@ D'famous Mee Kari Kuala Kubu Bharu.