Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Muda
Kebetulan lalu depan sebuah sekolah.... Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Muda atau dulu namanya Princess Road Primary School.. Banyak sejarah disini dan yang paling istimewa pada tahun 1970...
Begini ceritanya...
5 hari selepas ujian percubaan penilaian darjah 5 (sekarang UPSR) 3 orang cikgu beresembang depan kelas sambil memanfang kepada aku.. Suspen dan berdebar aku fikirkan apa salah aku.. yang aku dengar berulang2 sebut LCE..
Lepas tu cikgu Abdullah (Abdullah Volkwagen) panggil kedepan dan minta aku ikut diorang, sampai depan blik guru besar aku nak masuk tapi cikgu tarik kata bukan situ, bangunan sebelah.
Sampai bangunan sebelah kami masuk dalam kelas 6A dan cikgu perempuan macam cikgu dalam kartun LAT 👉 bagi aku kertas dan minta aku baca depan kelas.
Terkejut beruk aku, kertas tu kertas karangan ujian percubaan penilaian darjah 5. Aku pun baca lah karangan aku sendiri mengenai Kuala Lumpur tahun 2000 yang aku gambarkan monorail atas sungai Kelang dan Sungai Gombak dari Kampong Chow Kit (PWTC - tempat aku lastik burung merbah kunyit) dan jalan Jelatik bertemu di Masjid Jame dan berakhir di Brickfield... Macam2 lagi lah imaginasi aku mengenai Kuala Lumpur tahun 2020. Ops terlupa, aku gambarkan bangunan pencakar langit di hujung tanah milik Tokey Apeng (Jalan Kia Peng) ala kira KLCC lah tu.
Sambil baca aku tengok kalau ada pembetulan ayat atau ejaan, tak ada..
Habis aku baca cikgu cakap depan murid darjah 6A agaknya karangan sama taraf tak dengan peperiksaan LCE (sekarang diorang panggil apa ye?)
Macam2 lah cikgu tu puji tentang karangan aku...
Al Fatihah untuk guru aku terutama Guru Besar Sir Pak Wan Teh.