Pokok pudina lebih mudah dijaga, rumah bau segar




Jika sebelum ini ramai yang gilakan pokok lidah jin, kini ada beberapa lagi tanaman yang boleh dijadikan idea sebagai perhiasan dalam rumah.

Salah satunya daun pudina, antara tumbuhan yang paling mudah ditanam dan boleh dijadikan bahan masakan, berbanding lidah jin yang beracun dan berisiko kepada kanak-kanak serta haiwan peliharaan.

Seorang petani moden Shahrizal Denci berkongsi fakta tentang daun pudina yang boleh ditanam hanya di balkoni rumah dan memberi pelbagai manfaat.

Pemuda itu juga mendedahkan cara menanam pokok pudina dengan mudah, iaitu hanya menggunakan daun yang dibeli di pasaraya dan batangnya ditanam semula dalam bekas berisi air.

Katanya 10 hari kemudian tumbuhan itu mula mengeluarkan akar dan boleh dipindahkan ke dalam pasu atau botol plastik.

“Lepas 90 hari, ia sudah sedia untuk dituai untuk jadi ulam atau letak dalam teh o panas. Sekian, selamat mencuba,” katanya.

Hantarannya dikongsi lebih 1,000 pengguna Twitter dan disukai lebih 2,000 pemilik akaun.

Mengulas lanjut, katanya pokok pudina sesuai mendapat cahaya matahari pada suhu 25 darjah celcius dan masih perlu dibaja serta disiram setiap hari.

“Wah saya baru beli ni daun pudina. Nanti saya cuba tanam,” balas Neah Bryan di ruangan komen.

“Saya dah cuba, berhasil,” kata AAbdul8685.



Popular posts from this blog

Kuih Melayu tradisional tidak menggunakan tepung gandum

Kedai Todi Kerajaan