Posts

Showing posts from December, 2008

Guru pelatih ditangkap berasmara

Image
Inilah bakal guru yang akan mengajar anak-anak kta nanti. PASIR PUTEH - “Saya melakukan persetubuhan dengan dia sebanyak lima kali sejak mengenalinya dua bulan lalu termasuk melakukannya di rumah ketika keluarga tiada.” Demikian pengakuan guru pelatih perempuan berusia 18 tahun selepas ditangkap atas kesalahan khalwat di sebuah chalet di Tok Bali dekat sini malam kelmarin. Ketika ditahan, perempuan terbabit berada dalam chalet bersama teman lelakinya yang berusia 19 tahun. Penolong Penguatkuasa Agama Pasir Puteh, Ahmad Syukri Abdul Ghani berkata, hasil siasatan mendapati, pasangan yang belajar di sebuah institut perguruan yang sama dalam semester satu di Johor itu menyewa dua chalet dan menggunakan salah satunya untuk berasmara. ”Kita percaya mereka tidur bersama dalam satu chalet pada sebelah malamnya,” katanya yang mengetuai serbuan bersama empat skuad Amru. Perempuan yang berasal dari Machang dikatakan menjemput kekasihnya yang berasal dari Pahang di Bandar Tanah Merah dengan motos

DULU NAIK HELI SEKARANG TUNGGANG SUZUKI

Image
Raja Hanipuddin Pemangku Ketua Umno PJ Selatan SHAH ALAM : Mesyuarat Khas Badan Perhubungan Umno Selangor sebulat suara menyokong penuh pelantikan Raja Datuk Hanipuddin Raja Datuk Nong Chik sebagai Pemangku Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan (PJS) bagi tempoh tiga tahun. Pengerusinya, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata pelantikan itu dibuat selepas mengambil kira kepimpinan dan pengalaman Datuk Hanipuddin dalam Umno Bahagian PJS. "Kami di sini menyokong penuh serta yakin dengan kepimpinan Datuk (Hanipuddin). Kita akan melakukan yang terbaik untuk menyokong Datuk sebagai Pemangku Ketua Bahagian PJS khasnya dan Umno Petaling Jaya secara amnya. "Dan saya yakin semua anggota Umno akan tetap menyokong Umno Bahagian PJS di bawah kepimpinan Datuk Hanipuddin," kata Muhammad kepada Bernama selepas menghadiri mesyuarat tersebut selama satu jam di Bangunan Umno Selangor dekat sini, malam ini. Bekas Ketua UMNO Bahagian PJS, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim yang digantung

KEJATUHAN HARGA GETAH

Image
Setelah puas merintih dan meminta-minta, maka dengan takdir Allah harga minyak jatuh merudum. Maka rasailah kesan daripadanya. Getah asli juga jatuh merudum seiring dengan kejatuhan harga minyak. Kejatuhan harga adalah kerana saingan dengan getah sentitik yang diantara bahan utama untuk menghasilkannya adalah petrolium. Rintihan pekebun getah terpaksa didengar ole kerajaan. Kerajaan terpaksa berusaha samaada memberi bantuan kepada pekebun kecil atau menstabilkan harga getah asli. Untuk menstabil harga getah asli kerajaan terpaksa memberikan berbagai subsidi dan menggunakan wang yang banyak untuk membeli stok getah asli pada harga lebih tinggi. Kejatuhan harga minyakjuga menjatuhkan pendapatan Petronas dan sudah tentu kerajaan juga kurang pendapatanya dari hasil cukai dan dana keuntungan Petronas. Dengan berbagai beban yang terpaksa ditanggung dan penyusutan pendapatan, kerajaan mahu tidak mahu terpaksa meneruskan usaha memakmurkan rakyat. Keuntungan jangka pendek yang diterima oleh Pet

WINDOWS 7 BETA 1 BUILD 7000

Sedang dalam proses muat turun Windows 7 beta 1 tersebut.Versi ini munggkin untuk diberikan kepada syarikat OEM untuk mencuba dan membuat 'driver' dan mencuba keserasian  untuk perkakasan yang mereka hasilkan. Untuk 'beta tester' MS mungkin mengeluarkan versi Beta 1 Build 7025. Harap Windows 7 Build 7000 ini mampu untuk menggunakan secara optima RAM berkapisiti 4Gb. Vista cuma menggunakan 2Gb daripada 4Gb RAM yang terpasang di ACER TM6292 yang aku miliki sekarang ini. Sekarang aku menggunakan Windows 7 Pre Beta Build 6956.

ISLAM TERUS DIHINA

Image
Sampai bila kita mahu defensif

YANG DI PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN MANGKAT

Image
Al Fatihah... SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Seremban pada pukul 11.45 pagi tadi. Demikian disahkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Norzam Mohd. Nor, lapor Bernama. Tuanku Jaafar lahir pada 19 Julai 1922 di Klang, Selangor dan merupakan Yang di-Pertuan Agong yang ke-10 iaitu dari 26 April 1994 hingga 25 April 1999.

MYSPACE MENGHINA NABI DAN TUHAN - ADIBAH SUNYI

Image
Inilah harga bagi kebebasan yang dilaung-laungkan. Tidak diketahui samada ianya benar di buat oleh penama tersebut atau ada pihak lain yang mempergunakan nama dan gambar beliau. Adakah mungkin ini dilakukan oleh 'bangsa pendatang' untuk tujuan provokasi? Lebih pelik lagi ada 'buddies' beliau dari kalangan polis yang merayu untuk mendapatkan seks. Gambar beliau berpakaian seragam polis. Entahlah.. apa nak jadi. Aku sudah membuat laporan kepada pihak berkenaan seminggu yang lalu termasuk pihak MySpace setelah cuba menasihatkan pemilik profile tersebut tetapi tidak dihiraukan. Sebaliknya dengan angkuh beliau menemplak orang yang menasihati sebagai 'orang kampong' MySpace tidak dapat bertindak kerana profile bukan didalam bahasa inggeris walaupun aku cuba untuk menyakinkan mereka. Aku yakin wanita tersebut bukan pemilik sebenar profile myspace dan blogspot sebaliknya ada pihak yang menggunakan identiti beliau. Untuk pengetahuan email aku ke JAWI 'bounce'

BLOG MENGHINA NABI MUHAMMAD SAW

Image
Inilah harga sebenar kebebasan bersuara yang dilaung-laungkankan.

Al-Fatihan buat keluarga AMIR SHARIFUDIN

INALILLAH WA INALILLAHIRAJIUN Saudara kita AMIR SHARIFUDIN MOHD YUSOF telah kembali ke Rahmatullah pagi 22 DISEMBER 2008. Doakan semuga rohnya ditempatkan bersama-sama para ambia', suhadah dan solihin. Semuga Allah jauhkan dari azab kubur dan api neraka keatas rohnya. ALFATIHAH... Amin. smkkkb76.blogspot.com

MAC OS X LEOPARD 10.5.2

Image
Kelmarrin selesai Install Windows 7 Build 6956 Hari ini mencuba install Mac Os X diatas platform AMD.

PERMAINAN KOMPUTER BALING KASUT KE ARAH BUSH

Image
PARIS 17 Dis. - Satu permainan komputer di Internet yang diilhamkan daripada insiden seorang wartawan Iraq membaling kasut ke arah Presiden George W. Bush dilancarkan semalam. Permainan yang digelar Sock and Awe itu dilancarkan oleh seorang rakyat Britain, Alex Tew menerusi laman web www.sockandawe.com dan setakat ini dikunjungi oleh lebih 1.4 juta pengunjung. Nama permainan itu diambil sempena nama kempen ketenteraan Amerika Syarikat untuk menggulingkan Presiden Saddam Hussein pada 2003 iaitu Shock and Awe. Dalam permainan itu, pemain diberi masa 30 saat untuk menyasarkan balingan terhadap Bush sebelum ia bersembunyi di sebalik rostrum. Muntadar Al-Zeidi, seorang wartawan Iraq telah membaling sepasang kasut ke arah Presiden AS itu semasa lawatan perpisahan beliau ke negara berkenaan, Ahad lalu. Tew, 24, sebelum ini pernah menarik perhatian dunia melalui laman webnya, milliondollarhomepage.com yang membantu 21 pelajar universiti menambah pendapatan dengan menjual piksel pa

Torrent speed

Image
Torrent speed menggunakan Celcom mobile broadband di Hulu Bernam. Melebihi 100kB/s tanpa melakukan apa-apa tweak.

Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa - Pemandangan persekitaran tempat kejadian

Image
Masih berlaku aliran air bawah tanah dan dikhuatiri akan berlaku lagi gelunsuran tanah. Difahamkan kawasan berkenaan suatu ketika dulu merupakan sebuah sungai yang ditimbus untuk tujuan pembangunan. Projek perumahan terbengkalai di sebelah atas kawasan berkenaan juga mungkin penyumbang utama kepada kejadian tersebut. 

3 disahkan maut

Image
Perkembangan pada jam 10:30 pagi

14 banglo tertimbus tanah runtuh di Bukit Antarabangsa

Image
06/12/2008 9:01am KUALA LUMPUR 6 Dis. - Dua terbunuh, 15 cedera manakala lapan dikhuatiri terperangkap setelah 14 buah rumah banglo tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa di sini awal pagi ini. Kejadian dipercayai berlaku pukul 4 pagi ketika penghuni sedang tidur apabila lereng bukit kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian runtuh tiba-tiba. Ketua Polis Selangir Datuk Thalib Abu Bakar berkata mayat dua beranak itu telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 pagi untuk bedah siasat. Menurutnya, setakat ini seramai 93 mangsa telah diselamatkan dan ditempatkan disurau Jalan Bukit Antarabangsa. Katanya operasi yang disertai kira-kira lebih 160 anggota penyelamat masih diteruskan untuk mengeluarkan lapan lagi mangsa yang terperangkap. Katanya, pasukan penyelamat terpaksa menggunakan Jalan Wangsa 9 sebagai jalan alternatif kerana jalan utama ke kawasan tersebut tidak boleh dilalui.