Guru pelatih ditangkap berasmara

Inilah bakal guru yang akan mengajar anak-anak kta nanti.
PASIR PUTEH - “Saya melakukan persetubuhan dengan dia sebanyak lima kali sejak mengenalinya dua bulan lalu termasuk melakukannya di rumah ketika keluarga tiada.”

Demikian pengakuan guru pelatih perempuan berusia 18 tahun selepas ditangkap atas kesalahan khalwat di sebuah chalet di Tok Bali dekat sini malam kelmarin.

Ketika ditahan, perempuan terbabit berada dalam chalet bersama teman lelakinya yang berusia 19 tahun.

Penolong Penguatkuasa Agama Pasir Puteh, Ahmad Syukri Abdul Ghani berkata, hasil siasatan mendapati, pasangan yang belajar di sebuah institut perguruan yang sama dalam semester satu di Johor itu menyewa dua chalet dan menggunakan salah satunya untuk berasmara.

”Kita percaya mereka tidur bersama dalam satu chalet pada sebelah malamnya,” katanya yang mengetuai serbuan bersama empat skuad Amru.

Perempuan yang berasal dari Machang dikatakan menjemput kekasihnya yang berasal dari Pahang di Bandar Tanah Merah dengan motosikal sebelum ke Tok Bali.

Berdasarkan keterangan perempuan terbabit, kira-kira jam 8.30 malam Sabtu lalu mereka menyewa chalet dan pada jam 11 malam mereka masuk tidur bersama dan melakukan persetubuhan sebelum kegiatan mereka dihidu penguat kuasa agama keesokannya.

Menurut Ahmad Syukri, apa yang lebih mengejutkan ialah perempuan terbabit mengaku dia yang mengajak teman lelakinya bersetubuh di chalet terbabit.

”Pasangan terbabit ditahan mengikut Akta 9 (1)(2) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kelantan atas kesalahan berkhalwat dan jika sabit dengan kesalahan, mereka boleh didenda RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Perempuan terbabit mengaku turut melakukan persetubuhan dengan kekasih lama dan kegagalan cinta menyebabkan dia mencari pasangan lain semata-mata untuk memuaskan nafsu.

Popular posts from this blog

Kuih Melayu tradisional tidak menggunakan tepung gandum

Kedai Todi Kerajaan