Penamaan Calon P/Raya Kecil Machap 3 April, Undi 12 April



PUTRAJAYA, 21 Mac -- Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka kawasan Machap ialah pada 3 April ini dan pengundian pada 12 April.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman membuat pengumuman itu di sini hari ini ekoran kematian penyandang kerusi itu, Datuk Poh Ah Tiam, dari Barisan Nasional pada 15 Mac lepas akibat sakit buah pinggang.

Poh, 55, yang juga pengerusi MCA Melaka dan pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Pengangkutan Negeri, memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2004 selepas menewaskan Liou Chen Kuang dari DAP dengan majoriti 4,562 undi.

Maklumat tambahan:

Kalau nak access internet guna DiGi Mobile Broadband sebab ada liputan DiGi Edge. Lihat peta liputan DiGi dibawah.

Celcom dan Maxis GPRS sahaja tiada 3G. Harap Maxis dan DiGi pasang RBS sementara disana untuk liputan 3G

Popular posts from this blog

Kuih Melayu tradisional tidak menggunakan tepung gandum

Sah betik yang aku tanam betik betina. Ada 3 cara mengenali betik jantan dan betina selepas menyemai dan berbunga.