Telefon mudah alih terbaik

TELEFON selular model K800i Cyber-shot, keluaran Sony Ericsson diiktiraf sebagai telefon mudah alih terbaik oleh Persatuan GSM sempena Anugerah Mobile Global 2007 yang berlangsung di Barcelona, Sepanyol, baru-baru ini.

Naib Presiden Eksekutif Korporat dan Ketua Jualan Sony Ericsson, Anders Runevad, berkata model K800i yang diperkenalkan ke pasaran tahun lalu membolehkan pengimejan mudha alih menjadi realiti kepada berjuta penduduk dunia.

“Ia menghasilkan gaya hidup baru berasakan komunikasi mudah alih dan imej dengan menggabungkan prestasi kamera 3.2 mega piksl dan teknologi komunikasi generasi ketiga (3G) bagi memudahkan proses perkongsian imej,” katanya.

Sejak K800i Cyber-shot diperkenalkan tahun lalu, lebih empat juta unit telefon model berkenaan terjual di pasaran. Pengguna boleh menyaksikan model berkenaan beraksi dalam filem terkini, James Bond, Casion Royale.

Keluarga telefon komunikasi Cyber-shot sudah ditambah kepada pelbagai model seperti K810, K818, K550 dan K550im, iaitu telefon Cyber-shot yang menyokong i-mode.

Popular posts from this blog

Kuih Melayu tradisional tidak menggunakan tepung gandum

Kedai Todi Kerajaan