DOA
MasyaAllah. Doa mana boleh tarik balik.
Saja aku upkan balik cerita yang aku tulis tahun 2005 disini dalam versi jawi.
...... Semalam jumpa kawan lama. Tergerak bertanya apa kesudahan kisah percintaannya dengan Marziana (bukan nama sebenar ?).
"Tak de jodoh" jawabnya ringkas.
"Semua kerana doa aku kepada الله"
Terkejut aku...selalunya kita berdoa untuk kebaikan, pertemuan tapi doa kawan aku ni menyebabkan perpishan.
Kawan aku terus bercerita mengenai doa.. Katanya kalau berdoa kita kena ikhlas, tiada syarat.
Rupanya kawan aku pernah berdoa kepada tuhan sagar dia dipertemukan jodoh dengan Marziana 'Sekiranya Dia Masih Suci' .
Disaat cinta sudah mendalam dan seakan sukar dipisahkan, kawan aku dapat tahu orang yang dicintai sudah tidak suci.
Kerana rasa cinta yang mendalam kawan aku ini tidak memperdulikan soal kesucian.
Di takdirkan tuhan mungkin kerana doanya sebelum ini maka perpisahan akhirnya berlaku. Putuslah percintaan sahabat aku ini. Dapat ku lihat wajah penuh kekecewaan pada diri kawan aku ini.
"Berdoalah dengan ikhlas, jangan ada syarat.." itu pesannya kepada ku.
"انشاءالله" jawab ku.
Tersentuh hati aku dengan nasib kawan aku. Tapi kita tidak boleh menolak takdir.
Ingatlah apa saja yang keluar dari mulut kita adalah merupakan doa. Bercakap lah sesuatu yang baik dan berdoalah untuk kebaikan. Fahami masksud dan etika ketika berdia.
Hanya الله jua yang maha mengetahui perjalanan hidup insan. Kita ni sudah di 'programkan'. Jangan angkuh walau siapa diri kita.
Aku akan berdoa tanpa syarat. Aku akan berdoa setulus hati. Semuga الله mengabulkan permintaan aku ini.
Apa doa aku... biarlah menjadi rahsia peribadi aku.
p/s: Dah memang tak ada jodoh, nak buat macam mana. Semuga الله mempertemukan kita jodoh yang lebih baik.
Kawan... jangan la marah aku tulis cerita engkau kat sini. Cerita engkau ni bagus buat pengajaran. ....