Malam Lailatul Qadr - Doa ku
1. we have indeed revealed This (message) In the night of power:
2. and what will explain to Thee what the night of power is?
3. the night of power is better than a thousand months.
4. therein come down the angels and the spirit by Allah.s permission, on every errand:
5. Peace!...This until the rise of morn!
-------------------------
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,
2. dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?
3. malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4. pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);
5. sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
Malam ini mungkin malam yang mulia diantara hari-hari yang yang lain. Itu semua disembunyikan Allah dari pengetahuan kita kerana Allah mahu kita tidak menantinya sebaliknya dengan penuh tawaduq dan dengan keikhlasan melakukan amalan tanpa mengira masa. Sekiranya tercatit kita sebagai manusia beruntung maka ianya tetap milik kita.
Tidak kira siapa kita walaupun manusia yang jahil sekalipun berhak mendapatkannyanya sekiranya kita ikhlas keranaNya.
Aku akan menggunakan malam-malam terakhir Ramadhan ini untuk beramal dan tidak berhenti-henti memohon keampunan darinya dari dosa-dosa yang lalu. Aku bertaubat atas segala ketelanjuran aku selama ini.
Dan aku akan berdoa untuk kesejahteraan diri ku, keluarga dan seluruh umat Islam.
Kalau benar doa aku diangkat di malam-malam terakhir ini adakah aku mendoakan untuk bertemu kedamaian bersama yang lain?.. Sebenarnya aku tetap berdoa untuk mencari kedamaian bersama yang ada walaupun aku pernah dilukai. Aku berpegang kepada apa yang selalu aku katakan padanya.. seandai ada diantara kita berpaling tadah, maka terimalah rasa kesal sepanjang hayat. Bukan mudah untuk membina semula ikatan sebaliknya lebih mudah untuk mengekalkan ikatan yang ada.
Eh.. apa yang aku melalut dimalam Lailatul Qadr ini.
Allah maha mengetahui sesuatu yang ghaib dan nyata, yang kita sebagai makhluknya tidak mengetahuinya.
Mungkin ini tulisan aku yang terakhir di blog ini. Dalam keadaan berpeluh dingin aku cuma mampu berharap Allah memberikan aku kekuatan untuk terus bernafas dengan damai dan tenteram di dunia ini. Setiap yang bernyawa pasti akan kembali ke asalnya.