Liwat dan Konspirasi

Analisa berita

Anwar Ibrahim sekali lagi diheret dengan masalah salah laku meliwat. Kali ini kerana laporan pembantu beliau sendiri, Saiful Bukhary Azlan. Laporan telah dibuat di Pondok Beat HKL dan pengadu telah menjalani ujian di HKL.

2. Maka Anwar melalui Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah segera membuat penafian atas laporan tersebut di Hotel Quality, Shah Alam. Ketika itu Anwar dipercayai berada di Hotel Tersebut.

3. Ini diikuti pula penafian (kalau boleh disebut penafian) oleh Wan Azizah. Dalam keterangan beliau lebih kepada menyalahkan pengamalundang-undang, pihak polisdan hakim yang tidak boleh dipercayai. Sidang media beliau dilakukan di Kedutaan Turki dan sekali lagi Anwar dipercayai berada disana untuk mendapatkan suaka politik. Beliau juga menyalahkan dan memperlekehkan pengadu dalam kes ini. Lebih teruk lagi mereka cerita kononnya Anwar menerima ancaman bunuh dan memohon suaka politik bagi megelak ancaman tersebut. Sebenarnya Anwar

4. Pengikiut setia PKR pula menyebarkan SMS mempertahankan Anwar. Mereka memburuk-urukkan pengadu didalam sms mereka. Mereka mengandaikan pengadu telah di sepak dan didera supaya membuat aduan dan memberikan keterangan kepada polis.

5. Semua penyokong PKR dengan taksub mempercayai Anwar sebagai manusia maksum dan percaya kepada konspirasi. Bagi mereka Anwar tidak pernah bersalah dan mesti dipertahankan.

6. Kita sudah naik muak dengan sikap mereka yang tidak pernah serik-serik dengan menyalahkan orang lain atas dosa Anwar. Sudah naik muak dengan anggapan mereka Anwar tidak pernah bersalah. Lebih teruk lagi mereka membuat 'diversion' sehingga ketahap kononnya Anwar menerima ancaman bunuh. Kerana hendak menyelamatkan Anwar dari disoalsiasat mereka sanggup menimbulkan ketegangan dan kegelisahan rakyat dengan andaian ancaman bunuh.

7. Mengapa mereka tidak bercakap mengenai kes dan buat penafian dari segi perundangan atau memberikan alibi.

8. Kita percaya tidak timbul soal konspirasi kerana dalam keadaan kerajaan yang tidak berapa kuat, tidak ada pemimpin yang berani berkonspirasi. Biarkan polis membaut siasatan mereka tanpa gangguan.

9. Anwar bolehlah mendapatkan suaka politik sementara di Turki kerana nak mengabui mata pengikut sebelum dibawa ke Amerika. Disana beliau bebas melakukan tabiat buruk tersebut kerana tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang dan moral.

10. Kita biarlah mereka dengan teori konspirasi mereka dan kita biarkan kes ini disiasat oleh polis dengan sebaiknya tanpa diganggu gugat. Kita tamatkan cerita mengenai kes ini.

Sampai bila mereka hendak menipu pengikut mereka?

Popular posts from this blog

Kuih Melayu tradisional tidak menggunakan tepung gandum

Kedai Todi Kerajaan