NAJIB 95, MUHYIDDIN 62, MOHD ALI 21, MUHD TAIB 14

4.40 pm
Datuk Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib masing-masing mendapat satu lagi pencalonan bagi jawatan timbalan presiden.

Mohd Ali dicalonkan oleh bahagian Kuala Kangsar manakala Muhd Taib dicalonkan oleh bahagian Petaling Jaya Utara.

Dengan itu, Mohd Ali kini mengumpul 21 pencalonan manakala Muhd Taib mendapat 14 pencalonan.

Bagi naib presiden pula, Petaling Jaya Utara mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Syed Hamid Albar dan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kuala Kangsar pula mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kedudukan bagi naib presiden sehingga ini ialah Datuk Hishammuddin Hussein (79), Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (54), Datuk Shafie Apdal (44), Datuk Khaled Nordin (46), Datuk Syed Hamid Albar (20), Datuk Rais Yatim (8), Tan Sri Isa Samad (8), Datuk Jamaluddin Jarjis (5), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (7), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1) dan Tan Sri Annuar Musa (1).

Popular posts from this blog

Kuih Melayu tradisional tidak menggunakan tepung gandum

Sah betik yang aku tanam betik betina. Ada 3 cara mengenali betik jantan dan betina selepas menyemai dan berbunga.