PEMBACA, PELAKON 'BEBAS' TUDUHAN PESTA SEKS,DIREMAN HINGGA AHAD

KUALA LUMPUR Seramai 26 orang termasuk pembaca berita dan pelakon wanita, yang ditahan kerana dipercayai mengadakan parti seks di sini sempena Tahun Baru 2009 awal semalam, tidak akan dikenakan tuduhan berkaitan pesta seks.

Sebaliknya mereka telah dirujuk kepada jabatan narkotik untuk tindakan lanjut kerana menggunakan dadah.

Mereka termasuk seorang pembaca berita berusia 22 tahun, yang berkhidmat dengan rangkaian televisyen swasta dan seorang pelakon wanita sambilan, yang juga penulis skrip.

Kesemua mereka ditahan dalam serbuan polis di sebuah bilik di tingkat 11 hotel empat bintang di Jalan P. Ramlee kira-kira 3.30 pagi semalam.

Ketika serbuan kesemua mereka berpakaian lengkap manakala beberapa kondom yang tidak digunakan juga ditemui.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Kominisioner Kanan (II) Ku Chin Wah berkata, kes itu telah dipindahkan ke jabatan narkotik untuk tindakan lanjut kerana dadah ditemui di kawasan kejadian.

Ketua Jabatan Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang berkata, ujian awal menunjukkan sembilan orang termasuk pembaca berita dan pelakon berkenaan positif mengambil dadah.

"Kesemua sembilan orang itu, yang berusia antara 20 dan 30 tahun didapati positif ujian menggunakan ekstasi dan ketamin dan mereka akan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur Hospital untuk ujian lanjut," katanya.

Kang juga berkata, kesemua mereka akan direman hingga Ahad ini.

"Kami menyoal mereka untuk memberitahu sumber dadah diperoleh untuk siasatan lanjut," katanya.

Majistret Amalia Marsita Hamdan membenarkan reman ke atas mereka di bawah Seksten 15 (1)(a) Akta Dadah Berbajaya dan Seksyen 39A (1) akta yang sama.

Popular posts from this blog

Kuih Melayu tradisional tidak menggunakan tepung gandum

Sah betik yang aku tanam betik betina. Ada 3 cara mengenali betik jantan dan betina selepas menyemai dan berbunga.