Pengawal terima penghargaan

mainpix.jpeg


KUALA LUMPUR: "Surat penghargaan yang diterima ini pengiktirafan tertinggi yang pernah diperoleh seumur hidup," kata Hairul Azuan Hamid, 29, Pengawal Keselamatan yang menyelamatkan nyawa seorang bayi yang dibuang dalam tong sampah berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa, kelmarin.


Beliau menerima surat penghargaan itu daripada Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan dalam satu majlis ringkas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini semalam.


Hairul berkata, surat penghargaan itu dianggap peristiwa bersejarah dalam hidupnya, malah langsung tidak menyangka akan menerimanya.


Menurutnya, dia menerima panggilan kira-kira jam 2 petang hari sama dia menjumpai bayi terbabit.


"Sebaik memperkenalkan diri sebagai pegawai dari bahagian Perhubungan Awam IPD Ampang Jaya, saya terkejut apabila diminta hadir ke IPD itu pada keesokan harinya bagi upacara penyampaian surat penghargaan.


"Antara rasa percaya dan tidak, saya ke IPD Ampang Jaya keesokannya (semalam) dan mendapati saya satu-satunya orang awam yang menerima sijil ini," katanya.


Dengan penuh rendah diri, Hairul, berkata semua ini sebahagian tanggungjawabnya sebagai masyarakat bagi membanteras kegiatan tidak bermoral.


"Sebagai anggota masyarakat, rasa prihatin, berani dan tanggungjawab perlu disemai bagi mengurangkan kadar jenayah di negara ini demi kesejahteraan bersama," katanya.

Popular posts from this blog

Kuih Melayu tradisional tidak menggunakan tepung gandum

Sah betik yang aku tanam betik betina. Ada 3 cara mengenali betik jantan dan betina selepas menyemai dan berbunga.