Valentine day - Mengaku bukan Islam ketika daftar hotel

MUAR: Semata-mata ingin memuaskan gelora nafsu sempena Hari Kekasih semalam, enam pasangan kekasih di sini sanggup mengaku bukan Islam semata-mata untuk mendaftar menginap di hotel murah dan rumah tumpangan bagi meneruskan niat bermadu kasih, sekali gus mengelak dikesan pihak berkuasa.

Tidak cukup dengan itu, ada pula kakitangan hotel murah bersekongkol dengan pasangan kekasih muda terbabit apabila menyembunyikan identititetamu mereka dengan alasan mereka tidak mendaftarkan nama.

Bagaimanapun, tipu muslihat itu tidak mampu mengaburi mata pihak berkuasa yang kemudian berjaya menghidu taktik lapuk pasangan terbabitsebelum masing-masing ditahan kerana disyaki berkhalwat.

Operasi bermula jam 10.30 malam itu diketuai Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) Daerah Muar, Nordin Mohamad dan disertai 20kakitangan Jabatan Agama Johor (JAJ) serta Majlis Perbandaran Muar.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa, Noh Kadri, berkata pada awalnya pasukan berkenaan menghadapi masalah mengenal pasti pasangan kekasihterbabit kerana kebanyakannya mendaftar masuk menggunakan nama bukan Islam.

Katanya, melihat reaksi segelintir kakitangan hotel yang mula cuba bersekongkol dengan menyembunyikan identiti pasangan, pihak berkuasaterpaksa mengetuk bilik hotel satu per satu.

"Tindakan itu membuahkan hasil apabila enam pasangan kekasih berusia antara 20 hingga 30-an, termasuk pekerja kilang dan pemandu, dicekupdalam keadaan mencurigakan," katanya.

Difahamkan, hotel murah yang diserbu dalam operasi lima jam itu dikenal pasti sebagai antara lokasi tumpuan pasangan kekasih melakukan perbuatanmaksiat.

Sementara itu, di kawasan Rekreasi Tanjung Emas, di sini, beberapa pasangan kekasih yang asyik bermadu asmara turut ditahan sebelum diberikaunseling.

Mereka yang kebanyakannya remaja belasan tahun dikatakan mengambil kesempatan sempena Hari Kekasih untuk bertemu dan bermadu kasih denganpasangan.

Noh berkata, pihaknya akan meneruskan operasi besar-besaran bagi membersihkan perbuatan maksiat di hotel murah dan rumah tumpangan seluruh negeri ini.




Popular posts from this blog

Kuih Melayu tradisional tidak menggunakan tepung gandum

Kedai Todi Kerajaan