Menyediakan UMAI Campur Ikan Yu
RESEPI UMAI IKAN YU
Ikan di buang kulit slice dan hiris kecil
6 - 7 biji limau purut atau cuka
Cili merah
cili padi
bawang merah
bawang putih
sedikit belacan
halia dlm seinci
garam, gula
perasa
Kacang tanah digoreng dan dikisar
Daun kunyit atau daun ketumbar
Cara
1) Perap isi ikan yu yang telah dibersihkan bersama dengan perahan limau purut (boleh juga menggunakan cuka). Biarkan hingga isi ikan yu memutih.
2) Tumbuk cili merah, bwng merah, bwng putih bersama belacan dan halia - sukatan dlm lebih kurang kita buat sambal belacan. Masukkan bahan2 yg telah ditumbuk ini ke dlm isi ikan yu (setelah dlm lebih kurang 1/2 jam isi ikan yu diperap bersama perahan jus limau).
3) Hiriskan bwng besar, cili padi dan daun kunyit/daun ketumbar
4) Masukkan bahan2 hiris ke dlm perapan isi ikan yu tadi, taburkan sedikit gula dan garam serta perasa
5) Selepas itu, taburkan kacang tumbuk (boleh juga menggunakan kacang goreng yg dibiar seketul2 mcm kita makan ABC...).