Mohd Sohibullah, 27, mungkin buta mata di sebelah kirinya setelah terkena serpihan 40 biji mercun bola yang meletup ketika bermain mercun itu di Kampung Kuala Kangkong, Alor Star

ALOR SETAR, 29 Julai -- Mohd Sohibullah, 27, dipercayai mungkin buta
mata di sebelah kirinya, cedera di bahu dan tangan kiri setelah terkena
serpihan 40 biji mercun bola yang meletup ketika bermain mercun itu di
Kampung Kuala Kangkong, dekat sini, lewat petang semalam.
Turut cedera seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, Tuan Mohd Hafiz
yang mengalami cedera di dahi dan badan.
Mohd Sohibullah kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.
Kejadian tersebut berlaku dipercayai 'sumbu' mercun terjatuh ke dalam
bekas plastik berisi 40 biji mercun yang dibeli di Bazar Ramadan
menyebabkan berlaku satu letupan kuat.

Popular posts from this blog

Kuih Melayu tradisional tidak menggunakan tepung gandum

Kedai Todi Kerajaan