Fadillah terkejut khabar angin beliau keluar BN

KUCHING: Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Fadillah Yusof menafikan bahawa beliau keluar Barisan Nasional (BN) dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

SUMBANGAN RAYA: Fadillah menyampaikan sumbangan kepada masjid dan surau di Masjid Darul Hannah, Kampung Patingan, Kuching semalam.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata beliau tidak pernah menyatakan hasrat untuk keluar BN dan amat terkejut dengan be-rita angin yang disebarkan melalui Internet itu.

Majlis itu turut dihadiri oleh Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Fadillah dan Ahli Parlimen Santu-bong Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dikatakan telah keluar BN dan me-nyertai PKR seperti mana yang dilakukan oleh dua Ahli Parlimen dari Sabah.

Menurut Fadillah, pihak pembangkang seperti 'penjual ubat' pergi ke Sabah dan Sarawak dan negeri-negeri lain untuk menjual ubat mereka (memancing wakil rakyat).

Tetapi katanya, rakyat sememang-nya sudah memahami 'ubat-ubat' mereka yang sudah tidak berkesan lagi.

"Malah, kita juga akui bahawa pemimpin PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang datang berkali-kali ke sini (Sarawak) tidak mendapat sambutan lagi," katanya.

Beliau menarik perhatian bahawa pihak pembangkang akan melakukan apa sahaja cara untuk menarik hati rakyat lebih-lebih lagi menjelang musim pilihan raya.

Fadillah yang juga Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan BN Sarawak berkata bahawa semua wakil rakyat (Ahli Parlimen) BN Sarawak masih kekal ber-sama perjuangan kerajaan BN.

"Saya percaya semua Ahli Parlimen parti komponen BN Sarawak tidak mudah terpengaruh dengan 'tawaran' pembangkang menyertai mereka," katanya.

Ditanya adakah beliau yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen Petra Jaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti, Fadillah berkata: "Jika diberi peluang bertan-ding semula, insya-Allah saya yakin boleh menang."

Popular posts from this blog

Kuih Melayu tradisional tidak menggunakan tepung gandum

Sah betik yang aku tanam betik betina. Ada 3 cara mengenali betik jantan dan betina selepas menyemai dan berbunga.