Khasiat Lobak Putih - Boleh Mencegah Batu Karang ?

Lobak putih juga dikatakan mengandungi kandungan khasiat yang tinggi dan
sering dikaitkan dengan mereka yang mengalami masalah penghadaman. Salah
satu kaedah dalam perubatan tradisional untuk mengubati masalah perut
meragam ialah dengan menggunakan lobak putih.

Selain daripada masalah ketidakhadaman makanan, lobak putih juga baik
dimakan oleh mereka yang menghidap
1. Bronkitis
3. Sakit tenggorok
3. Asma
4. Batuk dan selesema.
5. Kencing tidak lawas
Ia bertindak menentang bakteria, menguatkan limpa serta mempunyai
kesan-kesan antipiretik.

Ada yang kata jus lobak putih boleh mencegah batu karang. Ini kerana
sekiranya terkena sakit batu karang, anda perlu makan makanan yang kaya
dengan kalsium. Ini kerana kalsium dalam makanan akan bergabung dengan
oxalate dalam sistem penghadaman menghasilkan kalsium oxalate. Ia
menghalang oxalate dari diserap. Oxalate adalah bahan yang bergabung
dengan kalsium dalam ginjal dan membentuk kalsium oxalate (batu karang).
Jadi kalsium membentuk yang bergabung dengan oxalate dalam sistem
penghadaman membantu menghalang pembentukan batu karang dalam buah
pinggang.

Jadi kalau dipegang dari fakta ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa
jus lobak yang kaya dengan kalsium mampu menghalang batu karang dari
terbentuk dalam ginjal.

Popular posts from this blog

Kuih Melayu tradisional tidak menggunakan tepung gandum

Sah betik yang aku tanam betik betina. Ada 3 cara mengenali betik jantan dan betina selepas menyemai dan berbunga.