Kasut Tumit Tinggi Punca Payudara Kendur

Ramai wanita salahkan lelaki bila payu dara mereka kendur... padahal itu semua salah sendiri... ini fakta... :)


Peringatan buat wanita yang suka pakai kasut tumit tinggi sebab ianya akan menyebabkan buah dada anda menjadi kendur.

Kasut tumit tinggi sejak sekian lama diketahui boleh menyebabkan masalah urat saraf pada kaki wanita yang memakainya, selain salah satu punca yang menyebabkan tapak kaki menjadi rata.

Penemuan terbaru dari kajian saintis mendapati seseuatu yang mengejutkan kepada wanita yang gemar memakai kasut tumit tinggi apabila didapati ia juga boleh menjadi punca kepada payu dara yang kendur.

Kajian mendapati pemakaian kasut tumit tinggi menyebabkan otot dada menjadi lemah dan ini mengakibatkan payu dara turut menjadi kendur dan tidak kelihatan menarik.

Terdapat juga kajian menunjukkan amalan pemakaian kasut tumit tinggi secara berterusan boleh jadi punca payudara kendur. Ia adalah disebabkan otot di bahagian dada, pectoralis major dan otot-otot kecil sekitarnya menjadi lemah disebabkan penggunaan otot belakang yang melampau. Posisi badan anda membongkok ke hadapan dan bentuk payudara akan kendur ke hadapan.

Wanita beranggapan dengan memakai kasut tumit tinggi akan menjadikan mereka kelihatan lebih tinggi, menawan dan seksi tetapi apa yang mereka tidak tahu ialah dengan memakai kasut tumit tinggi menyebabkan si pemakainya mencondongkan tubuh ke hadapan hampir sepanjang masa.
Keadaan ini menyebabkan otot dada menjadi tegang dan 'menarik' bahu wanita secara berterusan.

Keadaan ini akan meyebabkan bentuk tubuh tidak kelihatan menarik. Badan yang sentiasa membongkok memberi tekanan kepada bahagian atas tulang belakang hingga ke leher dan menyebabkan sakit bahu.

Kepada wanita yang mengalami masalah sakit bahu selepas memakai kasut tumit tinggi berhati-hati lah.....mungkin ini adalah simptom yang pertama...........

Selain itu jika satu otot menjadi tegang, ia akan memberi kesan kepada keseluruhan sendi (boleh menyebabkan sakit sendi) kerana otot manusia saling berkaitan.

Bagi mengatasi masalah ini, disyorkan supaya wanita sentiasa mengambil berat berkenaan cara duduk yang betul kerana cara duduk yang tidak betul boleh memburukkan lagi keadaan otot dada yang kendur akibat penggunaan kasut tumit tinggi.

Popular posts from this blog

Kuih Melayu tradisional tidak menggunakan tepung gandum

Kedai Todi Kerajaan