Batal Perjanjian Air, Selangor Dorong Kenaikan Tarif - Bekas MB




Tindakan kerajaan Selangor membatalkan perjanjian penstrukturan industri air dengan Putrajaya akan menyebabkan syarikat konsesi menaikkan tarif air sebanyak 52 peratus tahun ini seperti yang dibenarkan dalam Perjanjian Penswastaan, kata bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata tindakan itu juga akan menutup peluang kerajaan negeri mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi air yang selama ini telah mengaut keuntungan tidak munasabah atas kesusahan rakyat yang menanggung tarif air tinggi.

Tambahnya, keadaan akan menjadi lebih buruk apabila kerajaan negeri pula perlu membayar tunggakan kenaikan tarif air sebanyak RM2 bilion kepada syarikat-syarikat konsesi itu mengikut perjanjian penswastaan yang disifatkan sebagai berat sebelah itu.

"Tanpa kawalan sepenuhnya terhadap industri air, kerajaan Selangor kemungkinan besar tidak mampu meneruskan pemberian air percuma 20 meter padu air setiap bulan yang dilaksanakan sejak Jun 2008 kerana kekurangan dana.

Popular posts from this blog

Kuih Melayu tradisional tidak menggunakan tepung gandum

Sah betik yang aku tanam betik betina. Ada 3 cara mengenali betik jantan dan betina selepas menyemai dan berbunga.