Hudud: Mampukah Menjadi Kenyataan?


Selepas ditangguhkan lebih 20 tahun, kini kelihatannya seperti dengan hanya selangkah sahaja lagi, hasrat kerajaan negeri pimpinan PAS untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di negeri Cik Siti Wan Kembang akan menjadi kenyataan.

Ini kerana rang undang-undang persendirian itu, yang hanya terpakai ke atas orang Islam yang mukallaf sahaja apabila dilaksanakan kelak, telah diluluskan sebulat suara oleh kesemua 44 anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) pada sidang DUN. Khamis.

Bagaimanapun, keputusan ini telah dijangka oleh banyak pihak sejak awal lagi memandangkan PAS menguasai dua pertiga kerusi DUN di negeri itu dan ditambah pula dengan perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Kesemua 44 anggota DUN itu, yang terdiri daripada 31 PAS, 12 UMNO dan seorang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil masa dua hari sahaja untuk membahas dan meluluskan rang undang-undang itu sekaligus mempamerkan keterbukaan dan memberi ruang dan peluang untuk kerajaan negeri melaksanakannya.

DUN Kelantan mempunyai 45 kerusi kesemunya. Satu lagi kerusi yang dimiliki PAS iaitu DUN Chempaka kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Feb lepas.

Pilihan raya kecil DUN itu menyaksikan pertandingan lima penjuru dan Ahad ini (22 Mac) adalah hari pengundian.


Popular posts from this blog

Kuih Melayu tradisional tidak menggunakan tepung gandum

Sah betik yang aku tanam betik betina. Ada 3 cara mengenali betik jantan dan betina selepas menyemai dan berbunga.