Mati akibat tercekik dodol



MELAKA: Seorang warga emas, K Sanmugam, 67, meninggal dunia akibat tercekik dodol yang dimakan di rumahnya di Taman Merbok, Bukit Baru, di sini, Jumaat lalu.

Kejadian itu disedari isteri mangsa, S Santhaletchmy, 66, selepas mendapati suaminya, tercungap-cungap ketika mereka sekeluarga sedang menjamu selera pada kira-kira jam 10 pagi.

Santhaletchmy berkata, beliau kemudian mengangkat suaminya dan beberapa kali cuba menepuk belakangnya selain cuba mengeluarkan dodol itu dengan menggunakan jari.

"Dodol itu saya sudah beli lebih seminggu dan memotongnya kecil-kecil. Saya nasihat (suami) jangan makan dodol itu tetapi dia tidak mengendahkannya," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Kata Santhaletchmy, suaminya kemudian pengsan sebelum dibawa ke Hospital Pantai di sini untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, katanya, pihak hospital memberitahu suaminya berada dalam keadaan serius dan dimaklumkan meninggal dunia beberapa minit kemudian.

Santhaletchmy berkata, suaminya yang juga bekas pekerja SWM Enviroment Sdn Bhd serta Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, pernah diserang strok, 15 tahun lalu dan kurang sihat sejak itu.



Popular posts from this blog

Kuih Melayu tradisional tidak menggunakan tepung gandum

Sah betik yang aku tanam betik betina. Ada 3 cara mengenali betik jantan dan betina selepas menyemai dan berbunga.