"Lihat dunia dari mata burung :: Atau dari dalam tempurung :: Yang mana satu engkau pilih :: Dalam kalut ada peraturan :: Peraturan mencipta kekalutan :: Di mana pula kau berdiri..... Di sini"
Jangan jadi munafik dalam apa hal sekalipun
Tengah hujan gerimis menung tepi sungai mengenang nasib.
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
-
Tengah hujan gerimis menung tepi sungai mengenang nasib. Sambil memerhatikan kalau ada ikan. Nanti nak pancing ikan kembung disini
Semua kuih Melayu atau lebih tepat kuih Nyonya adalah gluten free BUKAN dibuat dari tepung gandum. Ianya diperbuat dari tepung pulut, tepung beras, tepung kacang hijau, tepung sagu, sagu dan sebagainya. Di Nusantara mana ada orang tanam gandum. Kalau buat dari tepung gandum bukan kuih Melayu atau kuih Nyonya. Kerana hasutan.. Peniaga campur tepung gandum dalam resepi kuih Melayu menjadikannya bukan lagi gluten free. Rugi berniaga kalau tak campur tepung gandum yg lebih murah.. kata Mok Cik bawang dalam nada menghasut. * luahan hati penghidap gluten intolerence.
Sekarang ni sedang minum di Jalan Sentul berdekatan Balai Polis. Nak cerita pasal Kedai Todi Kerajaan atau lebih dikenali sebagai Toddy Shop. Begini ceritanya... Dulu di Jalan Sentul ada kedai todi kerajaan (berlesen) tempat penagih arak/tuak todi. Todi diperbuat dari nira kelapa yang di peram dan diproses menjadi tuak atau arak. Kedai todi tu dah di robohkan tetapi bentuknya sama seperti gambar dibawah yang merupakan kedai todi kerajaan Brickfields. Cawan/kole tidak disediakan sebab kalau disediakan peminum akan bawa keluar, bawa balik atau buang merata2. Biasanya mereka bawa sendiri atau sewa dari orang yang menyediakan perkhidmatan sewa kole. Yang buat perkhidmatan sewa kole dah jadi rutin pusing satu bangunan cari kole yang dibuang merata-rata oleh peminum todi. Sewa 1 kole 5-10 sen. Satu lagi perniagaan sampingan adalah jualan ikan kembung goreng dan ayam yang dijual dengan harga 10-20 sen. Peminum todi suka minum todi sambil meratah ikan kembung goreng.