Fermented @ fermentasi @ penapaian honey + garlic.


Sebab tak suka rasa madu (bunga) akasia yang terlalu masam, berbeza dengan madu pucuk akasia. Semalam dah order madu pucuk akasia yg rasanya lebih manis dan hanya boleh di perolehi dalam beberapa bulan setahun (semasa pokok akasia diluar musim bunga) ... aku buatlah fermented @ fermentasi @ penapaian honey & garlic.

Bawang putih mengandungi allicin yang baik untuk jantung dan madu memiliki enzymes pelbagai menafaat kesihatan.

Kalau orang sekarang gila dengan DETOX, ini cara paling mudah.


Manfaat kesihatan madu dan bawang putih: 

1. Gabungan madu dan bawang putih dapat menurunkan tekanan darah dan tahap kolesterol jahat di dalam badan.

2. Bermanfaat dalam melawan demam dan selesema.

3. Meningkatkan pencernaan dan merawat banyak penyakit yang berkaitan dengan pencernaan.

4. Meningkatkan sistem imun anda.

5. Menyahtoksin badan dengan membuang toksin.

6. Meningkatkan kesihatan hati anda.

7. Digunakan untuk merawat banyak jenis penyakit jantung dan juga diabetes.

_______________

Cara menggunakan bawang putih dan madu untuk menurunkan berat badan

Anda boleh menyediakan remedi penurunan berat badan ini dengan memasukkan madu ke dalam balang kaca dan kemudian memasukkan beberapa ulas bawang putih yang baru dikupas di dalamnya.

Selepas itu, tutup penutup dan goncanh balang dengan perlahan untuk meliputi bawang putih sepenuhnya dalam madu.

Biarkan campuran tersebut sebentar dan kemudian, makan satu ulas setiap pagi. Simpan selebihnya di dalam balang kaca dan makan setiap hari.

Satu lagi perkara yang menjadikan remedi ini mesti dicuba adalah kerana ia dapat meningkatkan kesihatan kulit anda dan mencegah jerawat kerana kedua-dua bahan ini adalah pembersih darah semula jadi.

Cubalah dan beritahu kami adakah ia berfungsi untuk anda! Kongsi maklumat dengan rakan atau ahli keluarga anda yang berusaha menurunkan berat badan!  

Terima kasih kerana membaca, kekal sihat!


Popular posts from this blog

Kuih Melayu tradisional tidak menggunakan tepung gandum

Kedai Todi Kerajaan