Syed Saddiq: Bakal Koruptor?


Siapa sangka mantan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman telah memulai langkahnya dalam menyediakan barisan kroni kapitalis untuk karier politik beliau, seperti mentornya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beberapa hari yang lalu, Syed Saddiq telah mengumumkan pembukaan sebuah francais restoran Santan, yang dipelopori oleh Tan Sri Tony Fernandes dari AirAsia, di 163 Retail Park Bukit Kiara. Dalam pengumuman itu, Ahli Parlimen Muar itu mengatakan bahawa fokus utama beliau sebagai rakan niaga francais itu adalah untuk menyediakan peluang pekerjaan untuk anak-anak muda Malaysia.

Namun, seperti yang diketahui umum, Syed Saddiq memang merupakan seorang ahli politik yang talam dua muka. Ramai yang masih ingat tentang janji-janji manis beliau untuk anak-anak muda seperti penyediaan sejuta pekerjaan baru untuk graduan muda, pemansuhan PTPTN secara umum, dan lain-lain lagi.

Figure 1 - Berskema lagi untuk menyeleweng duit rakyat

Malangnya, semua itu langsung tidak dimulakan oleh Syed Saddiq ketika beliau memegang tampuk kuasa sebagai Menteri Belia dan Sukan. Lebih malang lagi apabila rakyat yang sedang merana akibat wabak COVID-19 masih lagi ditaburi janji-janji yang sama oleh Syed Saddiq.

Negara kita berada dalam keadaan ekonomi yang tenat, yang sudah tentu akan membawa kesan yang amat buruk kepada tenaga kerja muda Malaysia. Adakah janji-janji Syed Saddiq ini mempunyai niat terselindung yang lain?

Untuk merungkai persoalan ini, kita perlu melihat hubungan antara Tan Sri Tony Fernandes dan Syed Saddiq. Kurang daripada 5 bulan selepas kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Umum ke-14 pada tahun 2018, di mana Syed Saddiq telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan, Tan Sri Tony Fernandes menerima lantikan sebagai pengerusi baharu Perbadanan Stadium Malaysia – sebuah jawatan yang sudah tentu mempunyai pengaruh yang besar dalam industri sukan negara.

Figure 2 - Adakah Syed Saddiq kini di bawah ibu jari Tony Fernandes?

Tidak dilupakan juga kenyataan Syed Saddiq yang mempertahankan Tan Sri Tony Fernandes di atas kerjasama beliau dengan kerajaan Barisan Nasional sebelum PRU 14 sejurus selepas kemenangan Pakatan Harapan. Di sini kita boleh lihat keakraban di antara kedua individu tersebut, dan ia juga amat jelas bahawa Syed Saddiq sudah sekian lama menunggu habuan yang boleh diterima oleh beliau daripada Tan Sri Tony Fernandes. Tidak begitu mustahil juga yang Syed Saddiq dapat deal ataupun urus janji yang lebih baik daripada rakan niaga francais yang lain.

Adakah penglibatan Syed Saddiq sebagai rakan niaga francais Santan adalah untuk “membersihkan” wang yang beliau sempat mengambil daripada Kementerian Belia dan Sukan?

Rakyat semua sedia maklum bahawa Syed Saddiq telah terlibat dengan beberapa skandal penyelewengan dana di Kementerian Belia dan Sukan, di mana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telahpun memanggil Syed Saddiq dan ahli Armada Bersatu yang lain untuk siasatan berkaitan dengan “kehilangan” wang dari rumah beliau yang berjumlah sebanyak RM 250 ribu.

Mantan Bendahari Bersatu dan rakan karib Syed Saddiq, Rafiq Hakim Razali, juga telah ditahan oleh pihak berkuasa berkaitan kes tersebut. Ramai juga mungkin tahu bahawa saudara Rafiq Hakim Razali juga merupakan Presiden Youth Power Club, sebuah inisiatif KBS di bawah Syed Saddiq.

Figure 3 - Teladan yang tidak wajar dicontohi.

Inisiatif tersebut, yang kita masih lagi tidak nampak sebarang jalan kerja dimulakan, telah disuntik dengan dana kerajaan sebanyak RM 50 juta untuk projek-projek di bawahnya.

Di manakah semua wang tersebut? Adakah kesemua wang itu akan disalurkan ke francais Santan Syed Saddiq yang kemungkinan merupakan salah satu kaedah penggubahan wang haram? Begitu hebat langkah pertama Syed Saddiq dalam menjadi seperti mentornya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Figure 4 - Masih budak lagi sudah dipengaruhi gejala rasuah

Inilah persoalan-persoalan yang perlu dijawab oleh saudara Syed Saddiq. Sudah lama rakyat bersabar dengan talam dua muka dan janji-janji yang tidak dikotakan oleh beliau, sekurang-kurangnya kami rakyat harus mendapatkan jawapan yang telus tentang perniagaan beliau.

Popular posts from this blog

Kuih Melayu tradisional tidak menggunakan tepung gandum

Sah betik yang aku tanam betik betina. Ada 3 cara mengenali betik jantan dan betina selepas menyemai dan berbunga.