[Video] 17 Khasiat Ulam Raja Kepada Kesihatan Menurut Kajian


Apakah khasiat ulam raja pada kesihatan? Artikel ini akan membincangkan beberapa khasiat ulam raja yang perlu anda tahu.

Cosmos caudatus atau lebih dikenali sebagai ulam raja merupakan sejenis sayur yang berasal dari Amerika Latin tetapi lebih popular di Asia Tenggara, khususnya Malaysia, Indonesia dan Brunei sebagai hidangan tambahan dalam menu bersama sambal. Ulam raja diklasifikasikan dalam genus kumpulan Cosmos berdasarkan ciri-ciri tumbuhan ini yang renek, sederhana tinggi dan mempunyai daun berbentuk bintang.

Ulam raja bukan sahaja berfungsi sebagai pelengkap sesuatu menu tetapi telah digunakan didalam perubatan tradisional kerana mempunyai pelbagai manfaat terhadap kesihatan. Artikel ini akan menghuraikan khasiat ulam raja yang boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan.  

Kandungan Nutrisi

Sayur-sayuran berdaun hijau seperti ulam raja mempunyai nilai kalori yang rendah, hanya terdapat 18 kalori setiap 100-gram yang dipengaruhi oleh komposisi ulam raja yang tinggi dengan serat. Ciri-ciri ini sesuai untuk anda yang menginginkan sumber makanan yang rendah kalori dan mampu memberikan rasa kenyang yang berpanjangan.

NutrientUnitPer 100g
TenagaKcal18
Karbohidratg0.6
Proteing2.9
Lemakg0.4
Seratg1.6
Vitamin Cmg64.4
Beta-karotenaµg3658
Thiamin (B1)mg0.13
Riboflavin (B2)mg0.24
Kaliummg426
Fosforusmg37
Kalsiummg270
Magnesiummg50
Zat besiMg4.6

Khasiat Ulam Raja

1. Mengawal paras glukosa dalam darah

Kajian terhadap pesakit kencing manis (diabetes) yang mengambil 15 gram ulam raja setiap hari selama lapan minggu menunjukkan paras bacaan glukosa dalam darah yang lebih baik dan terkawal berbanding pesakit yang tidak mengambil ulam raja.

Penurunan paras glukosa ini disebabkan oleh ciri-ciri ulam raja yang mampu meningkatkan paras sensitiviti insulin, hormon yang bertanggungjawab mengawal paras glukosa dalam darah. Kebanyakan pesakit diabetes jenis 2 mengalami masalah kerintangan insulin, kesan daripada pengumpulan lemak yang tinggi dan reseptor yang tidak sensetif.

2. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular

Selain daripada rendah kalori, ulam raja kaya dengan sumber bioaktif kompaun seperti asid askorbik, asid klorogenik, quercetin, dan proathocyanidin yang boleh membantu mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, darah tinggi dan kardiovaskular. Kompaun ini berperanan mengurangkan kadar penghasilan hormon prostaglandin, hormon yang berfungsi menyebabkan keradangan dalam badan khususnya di bahagian otot jantung.

3. Tinggi sumber antioksida

Jika dibandingkan dengan 10 herba tradisional yang lain, kandungan antioksida di dalam ulam raja merupakan tiga yang tertinggi, mengandungi asid askorbik, thiamine dan riboflavin sebagai antioksida utama. Antioksida memainkan peranan penting untuk melawan radikal bebas, hasil daripada proses pencernaan makanan yang bersifat karsinogenik atau terdedah kepada persekitaran yang tercemar. Pengambilan makanan yang tinggi antioksida secara seimbang dapat mengurangkan pengumpulan radikal bebas dan risiko penyakit kronik seperti kanser. 

4. Mengurangkan tekanan darah tinggi

Ekstrak ulam raja dapat digunakan sebagai salah satu alternatif bagi mengurangkan dan mengawal bacaan tekanan darah tinggi khususnya kepada golongan pre-hipertensi yang tidak bergantung kepada sebarang ubat. Hal ini kerana, ekstrak ulam raja memberikan tindak balas anti-diuretik, sama seperti tindak balas yang dihasilkan oleh ubat darah tinggi.

5. Perlindungan terhadap tulang

Ekstrak ulam raja dan antioksida mampu memberikan perlindungan terhadap tulang daripada mengalami penyakit tulang rapuh atau osteoporosis dengan cara membaiki struktur asas tulang dan meningkatkan ketumpatan tulang. Justeru, struktur tulang menjadi lebih kuat dan stabil.

6. Meningkatkan fungsi Hati

Ulam raja bukanlah agen detox yang akan mengurangkan lemak di dalam badan tetapi berfungsi untuk menguatkan sistem hati dan menyokong fungsi pembuangan bahan kumuh yang terkumpul. Kajian yang dijalankan terhadap haiwan membuktikan pengambilan ekstrak ulam raja selama 21 hari dapat mengurangkan lactate dehydrogenase, enzim yang menandakan tahap keterukan fungsi hati.

7. Bertindak sebagai anti-kulat and anti-microb

Phenylpropane yang diekstrak daripada akar ulam raja juga telah terbukti mempunyai kriteria anti-kulat terhadap kulat seperti Cladosporium cucumerinum, Candida albicans dan anti-mikrob terhadap lima jenis bakteria seperti Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus, Escherichia coli, Pseudomonas aeruginosa dan Candida albicans.

Kesimpulan

Penggunaan ulam raja sebagai sumber alternatif dalam perubatan moden masih diperingkat awal dan tidak meluas walaupun telah banyak khasiat-khasiat ulam raja yang boleh memberi impak positif dalam dunia perubatan.

Bahkan, penggunaan ulam raja tidak mempunyai sebarang kesan sampingan terhadap pengguna dan selamat digunakan. Justeru, penggunaan ulam-ulam seperti ulam raja perlu dipromosi untuk penggunaan secara meluas bagi mendapatkan kesihatan yang optimum.

Pengambilan ulam raja ini tidaklah bererti kita boleh berhenti daripada meneruskan rawatan doktor jika kita menghadapi kencing manis, darah tinggi dan penyakit kronik yang lain. 



Sumber: Root Of Science

Popular posts from this blog

Kuih Melayu tradisional tidak menggunakan tepung gandum

Sah betik yang aku tanam betik betina. Ada 3 cara mengenali betik jantan dan betina selepas menyemai dan berbunga.