Buah Kuini
Buah kuini atau 'buah kweni' merupakan sejenis buah berdaging manis serta berwarna oren dan paling saya suka apabila dibuat sambal buah kuini. Sambal buah kuini yang ada rasa masam, manis, masin, pedas, lemak ini amat memang sangat enak dimakan bersama nasi putih dan ikan kembung goreng.
Buah kuini yang masih satu keluarga dengan buah mangga dari segi bentuk, warna, aroma, tekstur memang kini semakin sukar untuk mendapatkannya di Malaysia.
Buah Kuini kurang bergetah berbanding buah bacang.
Menafaat buah kuini:
Anti-Kanser:
Sama seperti mangga kerana buah kuini memiliki manfaat antioksidan yang cukup tinggi. Ini membantu tubuh melawan radikal bebas dan racun yang masuk ke dalam tubuh. Dan yang paling penting adalah bisa mencegah kanser.
Mencegah Sembelit:
Banyak serat yang baik untuk sistem penghadaman.
Kesihatan Mata:
Buah kuini kaya akan vitamin A akan dapat menjaga kesihatan mata dan mencegah masalah mata sebab Vitamin A adalah baik untuk mata dari berbagai penyakit mata seperti rabun mata dan katarak.
Baik Untuk Diabetes:
Buah ini juga memiliki gula darah rendah atau indeks gula darah dan tidak berbahaya bagi penderita diabetes.
Meningkatkan Imuniti:
Menguatkan Imuniti seseorang dan meningkatkan sistem kekebalan.
Mencerahkan Kulit:
Buah kuini mampu untuk tujuan mencerahkan kulit. Kuini kaya akan vitamin C yang dapat membuat kulit bersinar dan bercahaya.
Mengatasi Masaalah Jerawat: Dengan cara membersihkan pori-pori kulit yang tersumbat.
Memperkuatkan Tulang dan Gigi:
Kandungan mineral Kalsium didalamnya.
Mempercepatkan Penyembuhan Luka:
Zat besi (Fe) yang terdapat dalam buah kuini sangat baik untuk mempercepat penyembuhan luka
Memperkuatkan Tulang:
Kandungan kalsium ini akan dapat membantu memenuhi keperluan unsur kalsium harian.